|
Vitamin C merupakan antidot alergi yang sangat kuat. Dr.
Jacqueline Krohn, penulis The Whole Way To Allergy Relief
And Preventation menjelaskan bahawa Vitamin C melepaskan
toksin daripada alergen. Rawatan megados Vitamin C cukup baik
kerana tubuh akan mengeluarkan lebihannya dan dapat dilihat
pada urin yang berubah menjadi kekuningan.
Pengecaman
vitamin C ada kaitannya dengan kajian yang tak henti-henti
terhadap penyakit pendarahan kuno seriawan atau skurvi
(scurvy). Pemerhatian dahulu khususnya oleh
pelayar dan pengembara British menunjukkan bahawa sejenis asid
yang terdapat didalam jus limau boleh mencegah skurvi. Maka
ia dinamakan asid askorbik mengambil sempena sifat-sifat
"antiscorbutic atau "antiscurvy"nya.
Vitamin
C larut air dan tak larut lemak. Ia
tak stabil dan mudah dioksidkan, termusnah oleh oksigen,
alkali dan suhu tinggi.
Fungsi
Vitamin C
Bahan
simen intersel:
Kita memerlukan vitamin C untuk membina dan menyelenggara tisu
tubuh pada umumnya, termasuklah matriks tulang, rawan, dentin,
kolagen dan tisu pengikat (connective). Apabila
vitamin C tiada, bahan asas yang penting tidak akan membentuk
kolagen. Apabila vitamin C ada, pembinaan tisu rawan menyusul
segera. Kolagen adalah protein yang wujud dalam banyak tisu
tubuh seperti gentian putih pada tisu pengikat. Tisu saluran
darah terutamanya akan lemah tanpa bahan simen vitamin C untuk
membentuk dinding kapilari yang kukuh. Oleh yang demikian,
kekurangan vitamin C dicirikan dengan kapilari yang rapuh,
mudah pecah yang menyebabkan pendarahan tisu yang berselerak.
Petanda kekurangan termasuklah mudah lebam (bruising),
pendarahan sebesar hujung jarum pada kulit, pendarahan tulang
dan sendi, tulang mudah rapuh, luka sukar sembuh dan
pendarahan gigi sedikit-sedikit yang boleh menyebabkan gigi
longgar (gingivitis).
Metabolisme
umum tubuh: Vitamin C
bagitu banyak terdapat pada tisu yang metabolismenya aktif
seperti kelenjar adrenal, otak, ginjal, hati, pankreas, timus
dan limpa berbanding tisu yang kurang aktif. Juga vitamin C
banyak terdapat dalam tisu kanak-kanak yang aktif membahagi
berbanding tisu orang dewasa. Vitamin C juga membantu
pembentukan hemoglobin dan perkembangan sel darah merah
melalui dua cara:
i) ia membantu penyerapan besi, dan
ii) ia
mempengaruhi pembuangan besi dari komplek angkutnya supaya ia
tersedia untuk tisu mengeluarkan hemoglobin.
Masalah
klinikal:
Masalah klinikal yang berkaitan termasuklah:
-
Kesembuhan
luka -
peranan penting vitamin C yang menyimen bahan asas tisu
sokongan menjadikannya agen penting untuk kesembuhan luka.
Ini terbukti dengan kegunaannya dalam pembedahan
-
Demam
dan jangkitan
- proses jangkitan menyusutkan simpanan tisu vitamin C.
Maka simpanan tisu vitamin C yang mencukupi membantu
mengekalkan kerintangan terhadap jangkitan.
Keperluan
Vitamin C:
Sukar ditentukan kerana keperluan tisu sesaorang berbeza.
Piawaian RDA ialah 60 mg/hari.
Sumber
Makanan Vitamin C:
Punca utama termasuklah buah sitrus dan tomato.. Sumber yang
kurang dipedulikan tetapi sumber tambahan yang baik ialah
kubis, keledek, kentang dan sayuran hijau dan kuning. Sumber
lain dari makanan bermusim dan setempat seperti beri, tembikai,
cili, jambu batu, nenas, kubis daun, brokoli dan asparagus.
|