CHAKRA


Pembangkitan tenaga dalam ini didorong oleh pengaktifan cakra-cakra yang terdapat didalam tubuh manusia, diantaranya seperti cakra mahkota, cakra ajna, cakra tenggorok, cakra jantung, cakra pusat, cakra seks dan cakra dasar. Kesemua cakra ini mempunyai fungsi yang tersendiri di dalam menentukan kesihatan seseorang itu. 

Jika salah satu cakra mengalami masalah, maka ia akan bermanifestasi kepada masalah fizikal seseorang. Sebagai contoh jika seseorang itu mengalami masalah rabun mata, ini bermakna Cakra Ajna (cakra yang terletak diantara kedua-dua alis mata) mengalami kekurangan tenaga, sekaligus mengakibatkan masalah disekitar bahagian dahi, mata dan hidung.. 

Makna:

1. Root Chakra = cakra dasar 
2. Sacral Chakra = cakra seks
3. Solar Plexus Chakra = cakra pusat
4. Heart Chakra = cakra jantung
5. Throat Chakra = cakra tenggorokan 
6. Brow (Third-Eye) Chakra = cakra ajna 
7. Crown Chakra = cakra mahkota 


" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"