|
Tips Berkomunikasi Dengan
Berkesan
Kaedah pertama: "Sahkan kewujudan
seseorang." Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi
kita. Antara perhatian yang paling bersar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila
berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain. Jadi sekiranya kita tidak acuh pada teman komunikasi mungkin akan menyebabkan dia beranggapan kita telah menyisihkan
dia. Rasulullah sendiri diajar supaya tidak menyisihkan manusia di dalam penyampaian
dakwahnya. Meskipun orang itu hanyalah seorang hamba berkulit hitam.
Kaedah kedua: "Menyebut untuk menyatakan penghargaan." Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada
kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya
dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh
ketuanya.
Kaedah ketiga: "Bahasa." Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan
berkesan. Adalah amat rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap
hari. Seseorang yang sedang hangat bercinta sewaktu menulis surat cintanya berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga sanggup mengoyak surat yang tidak
sesuai, mencari kalimah-kalimah yang paling terbaik, dan merujuk buku-buku dan kamus untuk memastikan suratnya menjadi wasilah komunikasinya yang paling
berkesan. Mengapa kita tidak mengaplikasikan senario tersebut di dalam perhubungan harian
kita? Adakah kerana kita malu dengan suasana? Yang pastinya jika kita terlalu egois untuk merendah
diri, memuji orang lain sekali-sekala, menghormati, menunjuk sayang... kita sebenarnya memilih untuk tidak didekati oleh sesiapa
pun.
Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dan
unformal. Melihat kepada situasi amat penting supaya mampu menilai siapa teman komunikasi
kita. Apabila sudah mengenali mudahlah untuk menjalin komunikasi.
Bagaimana bahasa yang digunakan untuk komunikasi dengan keluarga? dengan
kawan-kawan? teman istimewa? ketua? perkerja bawahan? Tentunya perbezaan ini menjadikan kita menganalisa komunikasi yang pernah kita lakukan sebelum
ini.
Kaedah keempat: "Meyakinkan orang lain terhadap diri kita." Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita memerlukan teknik yang
dipelbagaikan. Kaedah ini amat penting bagi seseorang kepimpinan. Pun begitu tidaklah bermakna sekiranya anda bukan seorang kepimpinan kaedah ini tidak
penting. Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi alias suri tauladan sehingga orang mengkagumi dan yakin pada diri
kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.
Kaedah kelima: "Meluangkan masa untuk orang lain." Jangan menolak pelawaan orang lain meskipun dia hanyalah orang bawahan
anda. Sekiranya dijemput menghadiri sesuatu majlis di dalam keadaan anda juga tiada kelapangan untuk menghadiri kerana diundang ke majlis lain yang lebih
awal, jangan terus menolak. Terimalah dengan berkata: Saya akan berusaha untuk
hadir. Atau meolak dengan meminta maaf dan menyatakan sebab adalah lebih baik dari terus membiarkan penjemput tertunggu-tunggu anda
hadir. Sekiranya anda sudah berkeluarga, luangkanlah masa untuk aktiviti keluarga supaya anda mampu menjalin hubungan kasih dan sayang sesama ahli keluarga
anda. Sekiranya ada seorang kawan anda yang memerlukan pertolongan anda luangkanlah masa untuk membantunya kerana ia akan menambahkan kepercayaan dan keakrabannya terhadap
anda. Bayangkan jika anda menjauh dan menolak, apakah yang dia rasa saat itu? Selain kecewa dan
marah! Apakah anda tidak merasa bersalah?
Kaedah keenam: "Menghargai orang lain." Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberikan hadiah hari
lahir, memberikan kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah dan memuji
kejayaan, belanja makan siang/malam, mengundang ke majlis yang anda anjurkan, menunaikan janji dan
sebaginya. Dengan menghargai orang lain anda telah menanam kasih sayang dia terhadap
anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan memulakan
majlis/mesyuarat tepat pada masa yang dijanjikan sebagai menghargai orang yang dapat awal bukan memberi peluang untuk orang datang lewat ditunggu sehingga majlis menghargai kedatangan mereka yang lewat
itu.
Bagaimanapun apa yang saya tulis di sini bukanlah mencakupi keseluruhan teknik atau kaedah komunikasi yang saya percaya masih
banyak. Sekiranya kita mampu membentuk 6 kaedah tersebut sekurang-kurangnya komunikasi kita akan lebih baik berbanding sekiranya
mengabaikan.
Adakalanya kita tidak mampu menggunakan kesemua apa yang dimiliki untuk berkomunikasi akan tetapi walaupun kadangkala kita hanya menggunakan satu atau dua aspek sahaja seperti hanya mampu berkomunikasi secara bukan lisan atau penulisan semata-mata kita masih punya peluang untuk berkomunikasi secara
berkesan. Bagaimana orang bisu boleh memahami di antara satu dengan lain? Bagaimana ibu menanamkan kasih sayang terhadap anaknya yang masih tidak boleh
berkata-kata? Bagaimana seorang penjaga kucing mampu menjinakkan kucingnya? Semua ini adalah komunikasi yang kurang dari sudut penggunaan aspek tetapi masih boleh
berkesan.
Selain bertutur, komunikasi juga boleh dilakukan dengan melihat kepada aspek lain seperti sentuhan
(berjabat tangan), air muka, isyarat dan persekitaran. Dengan memerhatikan aspek-aspek lain seperti yang saya nyatakan itu anda juga mampu berkomunikasi dengan
berkesan.
Untuk mewujudkan kasih sayang perlu banyak sentuhan. Berjabat tangan, memeluk, dan mencium akan mudah menimbulkan
mesra. Tetapi perlulah digunakan di tempat yang sesuai. Seorang ibu lebih banyak membelai dan menyentuh anaknya menyebabkan jalinan kasih di antara si anak dan ibu lebih akrab berbanding anak dengan
ayahnya, kecuali sekiranya si ibu tidak melakukan aspek sentuhan tersebut... jalinan kasih itu akan
berpindah.
Orang bisu yang menggunakan bahasa isyarat dan riak wajah mampu menyelami maksud yang disampaikan meskipun komunikasi mereka kekurangan dari aspek
pertuturan. Ini kerana mereka memberikan tumpuan pada gerak badan, kedudukan, riak
wajah, mata, posisi tubuh, jarak dan sebaginya yang selalunya diabaikan oleh orang yang boleh
bertutur.
Justeru adalah amat berharga jika kita yang diberikan pancaindera yang cukup memanipulasikan anugerah Allah itu dengan
sebaik-baiknya. Ucaplah syukur dan berdoalah kepada Tuhan kerana dengan mengucap syukur kita dan menggunakan anugerah di tempat yang baik kita akan mendapat kebaikan dan keberkatan di sisi Allah
SWT.
|
|
|
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah
S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu
penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
|
LAMAN UTAMA
|