| RESDUNG Penyakit
resdung kulat makin bertambah Oleh
DR MOHAMAD HAMZAH - Penasihat Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT),
Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu RESDUNG
ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran
sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan
permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau
hingus). Mukosa
mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini
mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’
ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul
dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya
boleh membawa kepada terjadinya resdung. Resdung
boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes
resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau
mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan). Penemuan
Klinik Mayo pada 1999 mendapati, ada kulat pada 96 peratus pemeriksaan
sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik. Ini bermakna ramai
daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau penyakit
itu menjadi pemula kepada resdung kulat. Satu kumpulan lagi pesakit yang
kerap mengidap resdung kulat ialah mereka yang ada polip hidung. Bagaimana
ia terjadi Ketika
bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora
fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun,
spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan
sihat. Mukosa
hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau
bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum,
spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat. Besar
kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin
atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini
terjadi tidak difahami sepenuhnya. Apa
kesannya kepada hidung dan badan Spora
dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada
sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan
pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus,
tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi
atau pembiakan bakteria. Ada
beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua
entiti utama, iaitu: n
Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya.
Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak
cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat. Jenis
ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang
ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah. n
Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya
ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis. Siapa
yang boleh terkena jangkitan Penyakit
ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu kepada mereka
yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau pesakit kronik saja. Ia
lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada
kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada resdung
dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, tetapi
penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit ialah sinus
maksila. Simptom
kulat resdung Pesakit
mengalami simtom seperti sinusitis bakteria seperti: Hidung
berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus Hidung
tersumbat Sakit
kepala Keletihan
dan badan rasa kurang sihat Batuk
kronik Selalunya
pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan antibiotik
bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), mengalami kerosakan
pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian imbasan Computer
Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah mengeluarkan hingus terlalu
pekat atau mempunyai tompokan hitam atau menyerupai keju. Pemeriksaan Pesakit
memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung. Pemeriksaan mungkin menampakkan
ketulan hitam, hingus sangat pekat dan polip. Kajian lain yang
diperlukan untuk mengenalpasti penyakit ialah kultur kulat atau
pemeriksaan histology cecair dari sinus. Imbasan
CT pula akan menunjukkan penemuan spesifik seperti kelompok putih (tumpat)
atau pembabitan tulang sinus. Ujian ‘magnetic resonance imaging’ (MRI)
pula dapat memberikan gambaran radiolojikal yang spesifik mengenai
kewujudan penyakit. Bagaimana
ia dirawat Rawatan
diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Misalnya bagi
jenis ‘invasive’, rawatan segera diperlukan, termasuk pembedahan
untuk membuang tisu terbabit, penggunaan ubat antikulat secara sistemik
dan membetulkan sistem badan seperti tahap gula. Dalam
memberi rawatan, keadaan keseluruhan pesakit perlu dipertimbangkan. Bagi
sinus yang ada bebola, fungus rawatannya ialah pembedahan sinus (termasuk
secara endoskopik) tetapi ubat antifungus sistemik tidak diperlukan.
Perlu ingat, ubat antifungal sistemik ada banyak kesan sampingan. Bagaimana
kesudahannya Oleh
kerana penyakit resdung kulat ada pelbagai jenis, maka tahap kesudahan
dan perkembangan penyakit ini juga berbeza. Tanpa rawatan, penyakit ini
akan menyebabkan simptom disebut di atas seperti sakit muka, hidung
berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat. Setelah
dirawat, sama ada dengan ubat atau pembedahan, penyakit boleh menjadi
baik atau berkurangan. Bagi jenis bebola kulat, pembedahan selalunya
memberi banyak kebaikan. Bagi jenis ‘invasive’, kesudahannya
selalunya mendukacitakan. Apa
perlu anda lakukan Ramai
pesakit resdung kulat tidak menyedari mereka ada penyakit itu. Jika anda
ada simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan
segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Rawatlah penyakit
sebelum ia menjadi lebih teruk.NUFERA "Minyak Kelapa Dara"
adalah produk yang PENGENALAN
RESDUNG Resdung
adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan
pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca
gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria
keatas hidung dan rongga disekelilingnya. APAKAH
SINUS?(RESDUNG) Sinus
sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka
disekeliling hidung.Rongga ini bersambung ke hidung
melalui aluran aluran yang sangat kecil.Biasanya
lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini
setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.Jika aliran
dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul
seterusnya kumam bacteria akan membiak didalam
rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah
dan juga bengkakan didalam lapisan hidung. GEJALA
SINUSITIS
Sumbat hidung
Lender dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya KEMUDRATAN
SINUSITIS (RESDUNG)
Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
Jangkitan otak
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Menerukkan keadaan lelah
Berdengkur secara kronik
Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
Alahan hidung
Selsema biasa yang melarat RAWATAN TESTIMONI
PENYAKIT RESDUNG Berdasarkan
gejala pesakit diatas adalah rawatan yang disyorkan adalah dengan
menggunakan Minyak Kelapa NUFEARA,NUFERA adalah pembasmi kuman
semulajadi.Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan
penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan
anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak
kelapa dara.Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti
bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat
pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan
berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman. Kebanyakan
virus dan bacteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang
mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak kelapa dara boleh memusnahkan
lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria. Mengesan
pesakit resdung Untuk
mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub
kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga
ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan
bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga
membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah
menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan
menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil
terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging
yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya. Tambah
Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke
makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak
90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah
seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di
samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba,
ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan
lain-lain. Bagaimanapun,
katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta
tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah
alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila
ia tidak dirawat dengan betul. Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua
berikut: Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing,
arnab dan anjing. Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu
binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada
bahan-bahan sintetik (tiruan). Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu
binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk
membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali
seminggu. Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang
baik Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada
barang-barang kain atau bulu. Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda
akan menyedut segala habuk dari tilam di atas. Selalu basuh barang permainan yang
lembut. Simpan pakaian di dalam almari yang
tertutup. Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain.
Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap. Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas
rumah. Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas
rumah/perabot. Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya
|