SABDA NABI

Sebelum menyenaraikan makanan-makanan , lebih baik kita kemukakan sabda Nabi s.a. w berkenaan cara-cara kebersihan , mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan .

Nabi besar Muhamad s. a. w pernah bersabda demikian :

1 . Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan-Nya juga ubat nya , kecuali orang yang sudah mati . Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al-Qur-an akan lanjut usianya .

2 . Asal segala penyakit ialah . Oleh itu , makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu .

3 . Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat . Oleh itu , jadikanlah ia kebiasaan anda .

4 . Pada pandangan Allah . makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai-ramai .

5 . Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan , makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim , makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a. s

6 . Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya , kerana makanan yang panas itu tidak berkat .

7 Apabila makan , tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat . Inilah nasihat yang baik .

8 . Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan . Oleh itu , mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu , bukan mula dari tengah . ( pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah
membenarkan orang lain sama mendapat berkat , jangan seorang diri saja ) .

9 . Ada keberkatan dalam tiga perkara : dalam sarapan pagi , dalam roti , dan dalam sup .

10 . Berus gigi dengan-miswak-( berus gigi kayu yang biasanya dibuat daripada dahan pokok ( pokok pelu ) selepas makan dan kemudian berkumur-kumur , kerana kedua-keduanya amalan ini adalah penjaga gigi .

11 . Gunakan-miswak-kerana amalan ini datang kebersihan , dan kebersihan datang dari iman , dan iman membawa orang itu ke Syurga

12 . Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung ( iaitu tidak membazir ) .

13 . Makan bersama barulah bersurai , kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan .

14 . Kurang makan kurang dosa .

15 . Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum ,barli , kismis , sekoi , lemak , madu , lebah , keju , sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan ( walnut ) dan zaitun .

16 . Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha (sciatica )

17 . Sarapan pagi waktu fajar ( dini hari ) ada berkatnya

18 . Ketika saya mikraj , tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak berkata ,-Wahai Muhamad s. a. w beritahu umatmu supaya berbekam . Rawatan yang paling baik ialah berbekam , ketumbar dan sejenis herba ( costus ) .

19 . Siapa yang sakit 7 hari , maka ia adalah penebus dosa 70 tahun .

20 . Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang
.
21 . Apabila nabi Muhamad s. a. w melawat orang sakit , baginda biasanya berkata : -Hindarlah pedaya iblis , kekuatan itu dengan Allah , sembuh dan disembuhkan , tidak adayang menyembuhkan melainkan Engkau -

 

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

LAMAN UTAMA