| UBAT SEGALA PENYAKIT
Khasiat surah Al-Fatihah. Barangsiapa yang terkena penyakit (segala jenis), bacalah surah di atas pada air sebanyak empat puluh kali. Kemudian air itu diusapkan ke kepala, tapak kaki, dan tangannya. Maka dengan pertolongan Allah ianya akan segera sembuh. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasullulah kepada Sayyidina Hassan bin Ali r.a. yang sedang sakit berat. Perubatan Jintan Hitam. Lazimilah kamu berubat dengan jintan hitam ini, kerana
sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap
penyakit kecuali kematian. Madu Lebah: Cecair yang ajaib Madu yang dihasilkan oleh lebah dalam berbagai-bagai warna sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah (s.w.t.) tersebut. Ada yang berwarna putih, kuning, dan merah dan sebagainya. Warna yang baik bergantung kepada jenis-jenis tumbuhan dilawatinya. Adapun firman Allah (s.w.t.) "penawar bagi berbagai-bagai jenis penyakit", adalah sebagaimana yang dikatakan di dalam kitab "Tibbun Nabawi" iaitu: Jika sekiranya ia mengandungi penawar untuk manusia maka ia akan menjadi ubat bagi setiap jenis penyakit. Madu bersifat panas dan akan menyembukan apa yang bertentangan dengannya. |
|
|
|
"
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu
melainkan diiringi dengan penawarnya" Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
|