| Hikmah
Sujud
Sujud
lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar
mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita
perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang
sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya
tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika
solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka
menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening
kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran
sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah
sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal dan sempurna.
|
|
|
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah
S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu
penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
|
LAMAN UTAMA
|