RAHSIA & KELEBIHAN
KAYU KOKKA
Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS -
Tongkat Nabi Musa AS
Setiap
ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang
tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi
yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari
pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri.
Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini
melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah
SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui
hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik
dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk
dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai
hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Sepertimana
kita sedia maklum, Platinum, Emas dan Perak merupakan antara
bahan logam yang paling berharga. Platinum merupakan logam
yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah
kemampuan menyingkirkan haba. Bagi wanita misalnya, Emas
adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai
tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang
digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia
keras dan ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai
kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet
atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.
Di
dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat
Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga
dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar
dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan
penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai
pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali
pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas.
Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya
dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya
telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu.
Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS
dan Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.
Kesemua
ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah
SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan
berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan
terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan
kelebihan.
Kayu
Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai
penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna
pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih
tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka
wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First
Aid’
sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.
Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka
menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
-
Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman
dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
-
Anak menangis tidak dapat tidur; letak di
bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu
diberi minum, insya Allah akan tidur.
-
Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam
air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya
Allah sembuh.
-
Sakit kepala, sakit urat atau otot;
gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
-
Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil,
guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke
dalam mulut, insya Allah sembuh.
-
Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa
tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah
aman dan sembuh segera.
-
Termakan santau atau terkena racun;
rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
-
Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya
Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
-
Letakkan pada bahagian yang terkena
gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala
bisanya.
-
Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang
zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
-
Sekiranya memakai ketika orang hendak
menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
-
Menurut sejarah yang berlaku di negara
jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya
bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan
musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,
alhamdulillah.
-
Jika dalam keadaan yang amat terdesak,
logam panas yang pantas kilat lagi bahaya, insya Allah
tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan
beramal soleh.

Kepada sesiapa yang ada memilikinya,
membawanya sahaja walau sebiji,
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari
bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Akan bertambah lagi
khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas
segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya
serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh
kesejahteraan di dunia dan akhirat.
|