|
Tips Komputer 09
Penggunaan Sistem Restore bagi Windows system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me'restore' file anda mengikut tarikh-tarikh tertentu dengan syarat mesti terdapat satu 'restore point'. cara-cara hendak membuat restore bagi winXP: 1. buka help and support dan taipkan 'system restore' pada ruang searchbox. 2. banyak menulink yang keluar dan pilih "run the system restore wizard". 3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file ataupun membuat restore point. Shortcut Key Windows Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini.. window+d untuk minimize/maximize window window+e untuk buka windows explorer window+r untuk buka RUN window+f untuk SEARCH window+l log off user window+u utility manager Lajukan Sambungan Internet (3) Pada kali yang ini saya akan cuba membantu dan mengajar anda cara-cara untuk melajukan internet buat edisi yang ketiga. Cara lajukan internet ini hanya dijurus kepada pengguna Microsoft Windows 98/ME/2K/XP/NT. Kepada pengguna Linux/BeOs/RedHat/Lindows atau yang lain daripada Windows, sila minta bantuan daripada yang pakar didalam operating system tersebut. Berikut adalah beberapa cara untuk melajukan internet anda.. 1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yang berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa di IRC atau semasa melayari laman web. 2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda..Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet dan juga di IRC! 3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda. Sama juga bagi pengguna yang gemarkan IRC yang ingin dapatkan fastest ping access buka satu IRC client sahaja jangan lebih daripada satu kerana ia akan melaggingkan PC anda. 4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear. 5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembalik jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.. 6. Jika anda menggunakan dialup dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut. 7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site. 8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda.. 9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan best setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.. 10. Kurangkan install game didalam PC anda jika mempunyai hard disk yang besar, sama juga kepada yang mempunyai hard disk yang besar…biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam/lekat/kejung etc. 11. Gunakan Windows 2000 kalau anda inginkan kepantasan internet yang terlaju yang mampu dirempuh oleh sebiji dial-up modem didalam sebuah PC.Tidak kira Windows 2000 versi mana sama ada Server/Professional/Advanced Server ia adalah versi Windows yang menawarkan internet yang terpantas sekali yang pernah saya cuba dan mengalahkan Windows XP ~! 12. Line yang laju dan tidak drop adalah yang tidak lebih daripada 2km.Kalau lebih daripada 2km,data yang lalu daripada line anda mungkin akan drop jadi akan lebih mudah disconnect atau lagging ( lembab ). Jadi kalau yang memang tinggal jauh daripada pencawang atau server telekom di Malaysia dari 2km jadi memang lembab jawabnya, kalau buat semua tips dekat atas itu line anda mungkin hanya akan meningkat dalam 2X ganda daripada yang lama berbanding line yang memang berdekatan dengan pencawang telekom iaitu dalam 6-7X ganda daripada line yang lama..Insya Allah ! Easter Eggs Mesti ramai yang dah tau tentang EASTER EGGS (EE) ni kan. Bagi sesiapa yang masih belum kenal, disini ada beberapa tips.. Apa dia EE nih..?? EE adalah satu benda yang tersembunyi di sebalik sesebuah perisian atau OS Ianya dalam bentuk mesej, multimidia, bunyi, imej dsbgnya. Selalunya dijadikan rahsia oleh pengeluar..taktau kenapa. Tujuannya adalah sebagai ganti tandatangan pengeluar perisian tersebut... Bagaimana nak buka EE ni..?? Lain perisian lain caraya.. Windows 98 Masuk ke folder Windows/Application data/Microsoft/Welcome. Dalam folder tu ada satu fail Program iaitu Weldata.exe. Cipta pintasan kpd. fail ni (Rightclick/Create Shotcut) lepas tu Rightclick lagi sekali kat atas Shotcut tu dan pilih Propeties. Anda akan nampak ayat “You are a real rascal” di bahagian target. Than anda sambungkan ayat tersebut seperti ini “You_are_a_real_rascal”. pilih Minimized kat bahagian Run dan klik OK. Tapi macamana nak hidupkannya.? Ha doubleclick jer kat icon Shotcut tadi dan hasilnya satu persembahan multimedia yang menunjukan nama2 orang yang terlibat dalam pembangunan system operasian Windows98.. Microsoft Excell 2000 Run perisian Excell 2000. Klik File/Save as web page. Pas tu pilih Publish kemudian Add Interaktivity. Simpanlah file kosong tu dalam format htm. Pas tu buka balik file tadi dengan menggunakan Internet Explorer. Korang akan dapati file tadi dibuka kat tengah2 Perisian IE. Pergi ke kolum WC baris ker 2000. Aktifkan baris tu dan tekan key tab hingga sampai ke kolum WC. Kemudian tekan key Shift Ctr dan Alt serentak jangan lepaskan dan klik mouse kat lambing Microsoft Office kat sebelah atas kiri tu. Samada korang percaya atau tak, korang akan dapat permainan game racing keta. Korang buleh main dengan menekan Key arrow utuk kedepan space bar utk. tembak dan “o” utk. tumpahkan minyak. Tapi takde la macam game Need For Speed tu. Kat atas jalan ada tertulis nama2 orang yang membangunkan perisian tersebut. Powerpoint 2000 Run Powerpoint dan klik menu help. Pilih About Microsoft Power Point. Dalam tetingkap about tu klik pada logo powerpoint yang kaler merah kat belah kiri tu. Nama2 diorang keluar dalam bentuk multimidia.. Screensaver Windows 95/98/ME dan NT Korang tau 3D Text kat Screensaver tu kan. Korang try taip “volcano” kat bahagian display text tu. Nama2 gunung berapi diseluruh dunia akan dipaparkan. Komen install Windows 9x Untuk mengInstall win9X Note Book jenis lama dan tidak mempunyai cd-rom drive caranya ialah tanggalkan hard disk pada note book tersebut(dengan Cermat) dan pasangkan pada hard disk converter(Boleh dibeli di Plaza Low Yat,Ting 4, kedai barangan terpakai komputer, harga dalam rm 25.00). Kemudian pasangkan pada IDE cable komputer biasa. Lepas tu setkan BIOS supaya Komputer kita dapat baca hard disk tersebut, save setting dan *lakukan fdisk dan format serta setup windows seperti dilakukan pada hard disk biasa... *cara anda kurang digalakkan, kerana akan mengundang konflik antara sistem, kerana sistem notebook tidak sama dengan sistem desktop. Lakukan fdisk jika nak buat atau set partition Sila lakukan format X: /s dimana X adalah harddrive notebook tersebut. copy folder win98( atau win9x untuk windows me ) ke dalam drive X: masukkan hard disk notebook kembali ke dalam notebook. lepas tu, anda akan dapat boot, dan pergi ke folder win98 dan run SETUP.EXE Laman Web Semudah ABC Mari kita belajar membuat laman web secara mudah. 1. saya nak buat laman web yang bagus apa yang saya perlukan.? a. idea apa yang anda perlukan adalah idea. anda harus mempunyai garis kasar/ storyboard yang jelas tentang laman web anda. anda harus memastikan dan merancang segala teks yang akan anda paparkan kepada pengunjung. cara yang terbaik adalah menentukan dahulu layout laman web anda. b. tujuan laman web. kebanyakan laman web yang mempunyai grafik yang berat/menarik adalah laman web persendirian. untuk laman web korporat kurangkan grafik dan lebihkan kepada content/kandungan.. tak guna layout yang cantik tapi dalam laman web tu hanya tertulis alamat sahaja.. baik tayah buat laman web..web yang menarik adalah web yang interaktif dan segala maklumat boleh didapati tanpa melalui rantaian yang panjang. Jika diamati kebanyaka laman web forum yang menggunakan teknologi PHP dan asp serta cfm pada masa masa tertentu akan mempunyai loading time yang lambat. Ini jarang berlaku sekiranya menggunakan perl script. oleh kerana malaysia masih menggunakan talian internet yang lambat disyorkan menghasilkan laman web yang tidak terlalu mempunyai grafik. c. saiz dan resolusi imej. pastikan saiz dan resolusi imej adalah rendah. untuk web kualiti jpeg yang biasa digunakan dalam menghasilkan imej yang elok adalah 50%. cara untuk mengurangkan kualiti ini dengan cara mudah adalah menggunakan photo editor. buka fail gambar itu dan save as pada option jpeg compression letakkan pada 50%. kualiti gambar yang didapati amsih memuaskan. melalui kaedah ini saiz gambar dapat dikurangkan sehingga 50% daripada saiz asal tanpa mengganggu kualiti paparan. cara kedua adalah dengan mengurangkan resolusi (dpi) imej. ini boleh dilakukan dengan menggunakan adobe photoshpo atau perisian grafik yang lain. Jika anda menggunakan flash pastikan fail flash yang anda gunakan dalam bentuk pecahan pecahan movie yang akan mengecilkan saiz flash induk. cara ini dapat menjimatkan masa loading dan lebih efisien. gif digunakan untuk menghasilkan imej yang beranimasi. ia lebih mudah berbanding flash. Ia sesuai untuk dijadikan banner. Namun sekali lagi pastikan saiz banner inti tidak terlalu besar. saiz yang ideal adalah dalam lingkungan 50-100k sahaja. melebihi saiz ini akan menyebabkan loading yang lambat. memandangkan zaman broadband dah ada patut tips dah lapuk. tapi memandangkan broadband kat malaysia masih baru bolehla pakai lagi hhehe. d. perisian. kebanyakan tenaga pengajar akan mengesyorkan penggunaan microsoft frontpage kerana ia mudah. namun timbul kerumitan apabila ingin membuat proses uploading ke net. kerana tidak semua server mengaktifkan frontpage. keburukan frontpage adalah ia menggunakan theme serta pembentukan folder yang tidak diterima oleh kebanyakan free hosting. frontpage akan membentuk imej -imej kecil yang akan menyusahkan dalam proses uploading. berikut adalah editor mudah yang dicadangkan selain frontpage. 1. netscape composer 2. notepad 3. macromedia dreamweaver 4. adobe pagemill. dan editor lain yang bersesuain netscape composer adalah mudah memandangkan ia adalah editor yang boleh melihat secara langsung dan didapati percuma dengan netscape navigator. namun pada saya editor yang paling mudah adalah dreamweaver yang mempunyai segala fungsi yang diperlukan untuk membuat laman web yang interaktif dan menarik. untuk penggunaan perisian ini sila rujuk dalam help file/ manual kerana ianya lengkap. untuk pengguna yang sudah biasa dengan html . sebarang text editor terutama notepad boleh digunakan dengan menyimpan fail dalam bentuk .html,.htm atau extension net yang lain. e. do's and don't dalam membuat laman web. i) pastikan laman pertama diberi nama index jika dibuat dalam frame pastikan frame keseluruhan dinamkan index. secara default index.html akan digunakan namun index.htm, index.php, index.cfm serta index yang lain asalkan disokong oleh hosting boleh digunakan. untuk laman seterusnya sebarang nama boleh digunakan kecuali character seperti !@#%^&*()-+ serta bebrapa simbol yang lain. ii) pastikan nama dalam huruf kecil serta mudah. jangan menggunakan nama yang pelik dan terlampau panjang ini akan menyusahkan anda semasa menyunting kembali laman. ii) pastikan tiada spacing pada nama fail . termasuk fail imej serta fail yang anda gunakan dalam laman web anda. cth nama mak minah.html tidak diterima ia seharusnya makminah.html ataupun mak_minah.html kesilapan ini akan menyebabkan fail anda tidak boleh dimuat naikkan ke web server hosting anda. begitu juga dengan mak minah.jpg --- makminah.jpg perhatikan disini makminah.jpg tidak sama dengan MAKMINAH.JPG dan MAKMINAH.jpg dan makminah.JPG. pastikan link gambar adalah pada nama serta extension file yang betul. iii) lihat pautan adalah betul dan bukan merujuk kepada pautan ke atas fail. dengan cara yang mudah semasa proses pembuatan link menggunakan internet explorer klik pada view---- source pastikan link tidak berbentuk file//mydocument/xxx tetapi sebaliknya dalam bentuk nama fail terus cth makminah jika anda ingin link ke laman direktori lain makminah dan jika anda ingin link ke web lain webmasta hehehe camtu la lebih kurang Kemaskini Windows elak masalah Ramai orang yang tahu install OS Microsoft Windows sendiri dan ramai juga yang selalu merungut Windowsnya selalu sangkut (hang), keluar skrin biru, keluar error itu dan ini. Di sini aku akan cerita sedikit pengalaman aku mengurangkan kejadian yang tidak diingini seperti ini. a) Asingkan DRIVE. Maknanya, kurang-kurang dalam harddisk anda mesti ada beberapa PARTITION (Partition adalah drive C: D: E: dan biasanya dibuat dalam satu harddisk). Setiap kali kita install WINDOWS, dia akan diinstall dalam C:\WINDOWS (untuk windows95, 98 ME, dan XP) dan C:\WINNT (untuk WinNT atau Windows2000). Ramai orang yang tak ambil pusing tentang perkara kecil macam ini, tapi inilah sebabnya mengapa harddisk selalu hang, crash dan sebagainya. Caranya? b) Pastikan anda sentiasa ikut prosedur, Program Files perlu diisi dengan Software 3rd party atau apa-apa jenis software lain. jadi setiap kali kalau anda Install, kalau dia point ke tempat lain, Contoh C:\DELL tukar biar dia jadi "C:\Program Files\DELL" (Sila bubuh "", kerana setiap 'Long Filename' (File yang ada space) perlu dibubuh tanda "" tu. Biasanya bila nak install, ada sesetengah installer yang tak boleh baca Long Filename macam Program Files tu, so kita bubuhlah MS-DOS name dia PROGRA~1 dan akan jadi C:\PROGRA~1\DELL) c) Seperti di atas, pastikan drive C anda cuma ada ini sahaja: C:\WINDOWS atau C:\WINNT, C:\Program Files dan kalau ko guna Windows2000, XP dia akan ada C:\Documents And Settings. Kalau Windows98, ME ada My Documents. Haaa, yang folder My Documents tu kita nak cerita panjang lebar lagi kat bawah ;) d) My Documents adalah folder yang selalu menjadi tumpuan ramai, oleh kebanyakan software, terutamanya Microsoft Office, dan banyak 3rd party software yang lain. Setiap kali kita nak save sesuatu benda, WORD, EXCEL, POWERPOINT, ZIP file dan sebagainya, dia akan keluar kotak save yang menunjukkan folder My Documents. Folder inilah yang selalunya mewujudkan "fragmented file" (fail yang berterabur) di dalam harddisk. Seterusnya, anda nampak shortcut folder My Documents dekat desktop komputer tu? Sila right click, ambil Properties, tengok TAB 'Target' dan ambil butang MOVE, dan pilih DRIVE D: (Terpulang kalau anda hendak letak dekat E atau F ke, tapi cadangan aku adalah D:. Dia akan tanya, "Are you want to move your file.. blablabla" Tekan saja YES. Dia akan pindah semua isi dalam My Documents itu dari C: ke D:. Jadi My Documents anda akan berada di D: e) Kenapa? Apa bezanya? Ada kesan ke? OK. Kesannya adalah dari segi jangka hayat DRIVE C: Sebab untuk pengetahuan anda semua, fragmented file, banyak terhasil dari benda-benda kecil seperti text file, grafik macam gambar. Tapi biasanya pada apa-apa jenis aplikasi yang berasaskan teks seperti Word, Excel dan sebagainya. Kerana fail itu sentiasa berubah, diubah, dan ini menyebabkan dia berterabur di dalam harddisk. Jadi bila kita sudah pindahkan My documents dari C: ke D: (Nota: kalau windows2000 dan XP, My Documentsnya duduk dalam C:\Documents and Setting, dan saranan aku? Sila pindahkan!) kita akan mengurangkan kejadian "fragment" pada drive C: (Anda boleh bezakan sendiri bila anda sudah cuba, anda buka program Defragment anda dan analyze Drive c tu. Jadi di sini, drive D: anda akan terjadi proses "fragment" yang kerap! Itu tak jadi masalah, kerana bila anda defragment drive D:, proses defragment tidak akan ambil masa yang panjang sebab dia tak perlu ambil tahu fail sistem, driver dan pelbagai jenis fail (yang itu semua duduk dalam C:) dan jaminan aku? Drive C: anda akan kurang menghasilkan FRAGMENT file... (anda cuma perlu defrag C: anda sebulan sekali atau 2 bulan sekali yang tentunya tidak akan mengambil masa yang lama kerana defragmenter tidak perlu ambil kisah pada fail yang berlainan format!) f) Satu lagi... Temporary folder (Ada dua, satu TEMP satu lagi Temporary Internet Files). Yang ni adalah salah satu folder "kegemaran dimana FRAGMENT terjadi" kerana seperti yang aku dah jelaskan di atas; "kedudukan file sentiasa berubah". Jadi sama seperti My Documents, pindahkan dia (di sini mari kita jadikan drive D: kita sebagai folder yang bermasalah ;) dan tempat FRAGMENT) Bagi temporary folder iaitu TEMP, kalau dalam Windows98, ME caranya, bukak MS-DOS dan taip command seperti ini -> SET TEMP=D:\TEMP dan tekan enter, lepas itu SET TMP=D:\TEMP dan tekan enter. Kalau nak lagi advance, edit fail autoexec.bat dan masukkan variable itu. Untuk Windows 2000 dan XP pulak, right click My Computer pilih Properties, cari TAB Advance, dan tengok ada button "Environment Variables", klik itu, dalam Environment Variable, cari kolum User variables for (NAMA ANDA), edit setiap variable yang ada TEMP, TMP dan tukar jadi D:\TEMP. Kemudian tengok bawah, kolum "System Variable", seperti diatas cari TEMP dan TMP, tukar seperti di atas. So temporary folder akan berada di dalam drive D: g) Temporary Internet Files. Buka Internet Explorer punya properties, Tengok kolum 'Temporary Internet files' klik butang "Settings..." (tambahan: pastikan anda klik 'check for newer versions of stored pages:' kepada "every visit to the page"). Sebabnya? Setiap kali anda bukak sesuatu web, dia akan refresh page itu, dan buka display balik page yang anda pernah buka (page yang sama) sebelum itu ;) Kemudian, tengok kolum "temporary internet files folder". Apa-apahal, drag dulu 'amount of disk space to use' itu kepada 16MB (recommended: 12-16MB). Tidak perlu besar-besar sangat. Dan klik butang "MOVE FOLDER..." dan seperti biasa, sila ambil Drive D: dan Windows akan suruh anda LOG OFF. Dan sila logoff... Selesai sudah proses pengasingan. Sekarang ini apa yang anda nampak? Drive C: cuma ada sistem iaitu C:\WINDOWS atau C:\WINNT, dan folder Program Files (untuk Windows2000, XP ada folder Documents and Settings). Pastikan cuma folder itu sahaja yang ada dalam C:! Anda akan mendapat hasilnya... Dan anda akan nampak bahawa folder yang perlu di-defrag adalah drive D: dan ini tidak menjadi masalah kerana proses defragment takkan mengambil masa kalau defragmenter itu tidak pening kepala hendak bezakan antara fail sistem, program dan data. :) Buang URL satu-persatu dari history Biasanya kita dapat membuang URL pada Address Bar dengan pergi ke Tools > Internet Options > Clear History. Cara ini menyebabkan semua URL akan terpadam. Anda boleh membuang URL yang anda mahu tanpa membuangnya semua sekali pada address bar dengan cara… 1. Pergi Start > Run > Taip REGEDIT 2. Kemudian pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\InternetExplorer\ TypedURLs 3. Padamkan mana-mana value yang anda mahu. Perlukah kita gunakan antivirus? Banyak pihak menyarankan penggunaan perisian antivirus terkini untuk memastikan keselamatan komputer. Persoalannya, perlukah atau tidak kita menggunakan perisian sebegini rupa? Memang tiada jawapan mudah, namun sebagai pengguna kita seboleh-bolehnya tidak mahu membelanjakan duit tanpa justifikasi tetapi pada masa yang sama ingin meminimakan risiko tersebut. Tetapi bagaimana ya? Di sini diturunkan beberapa tips dan saranan mudah yg boleh kita amalkan :- 1. Jangan sekali-kali menggunakan MS Outlook atau Outlook Express. Sebagai ganti gunakan Pegasus Mail, TheBAT atau Eudora, yg mempunyai ciri-ciri terbaik Outlook untuk menghantar dan menerima gambar serta teks dsb. 2. Tidak membuka atau membaca mel-mel dari sumber yg tak dikenali. Padamkan terus tanpa membaca mel-mel yang anda ragui kesahihan serta sumbernya, terutamanya dari penghantar mel "spammers". 3. Memasukkan perisian firewall seperti Zone Alarm, atau Tiny Firewall untuk mencegah penggodam daripada memasuki komputer dan meletakkan perisian jahat seperti trojan atau jalan belakang serta mencuri kata laluan anda. 4. Attachment berbentuk Word atau Excel? Beritahu sahaja sesiapa yang ingin menghantarkan attachment bahawa anda hanya menerima fail dalam bentuk RTF (rich text format) sebagai ganti Word, ataupun CSV (comma separated values) untuk Excel. Untuk membukanya, klik kanan pada attachment tersebut pilih MS Word atau Excel. Senangkan... 5. Padamkan opsyen Javascript atau Vbscript dalam pelayar web anda. Kurang skrin popup timbul, serta memudahkan pelayaran anda ke tempat-tempat yang dituju. Laman web juga lebih cepat dipindahkan. 6. Padamkan perisian wscript.exe dan cscript.exe di dalam direktori Windows Mengelakkan skrip-skrip jahat seperti virus AnnaKournikova.vbs contohnya daripada dijalankan tanpa pengetahuan kita. 7. Menggunakan mel berasaskan web seperti hotmail.com, yahoo mail dsb Mempunyai ciri terkini seperti penapis mel tak diingini, pengimbas virus serta melihat maklumat mel tanpa membukanya terlebih dahulu. 8. Mengelakkan diri dari melayari laman web warez, yg tak masuk akal ataupun lucah melampau. 8-) 9. Memadamkan opsyen berkongsi fail dan pencetak di dalam rangkaian Dapat mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke dalam pemacu yg dikongsi bersama serta mengelakkan penyebaran perisian jahat. Tiada jaminan 100%, tetapi sehingga kini bilangan jangkitan dalam lebih sepuluh tahun pengalaman menggunakan komputer adalah satu atau dua sahaja. Hebatkan... tanpa mengeluarkan duit sesen pun untuk membeli perisian antivirus. Anda pula bagaimana? Lajukan Sambungan Internet (2) Sebenarnya ada beberapa cara nak memaksa talian internet kita berfungsi dengan sepenuh tenaga. Cara yang paling asas ialah menggunakan modem yang berjenama, serta menukar talian telefon(wayar dia) aku cadangkan kalau nak beli modem tengok chipsetnya dulu..yang paling bagus chipset cap rockwell dan lucent. Yang paling bodoh dan lembab cap Phantom dan PCtel. Modem macam kita guna kat Malaysia nie, walaupun 56k masih dikira sebagai modem analog..Bila ler TMnet nak pasang DSP. Tips pertama, cuba guna beberapa init string yang bersesuaian dengan modem anda. Sila rujuk halaman web pengeluar anda, takpun log modem anda. Init String boleh di masukkan dengan pergi ke control panel> modem >tab general properties> tab connection advanced> extra setting. Init string yang paling asas ialah AT&F tetapi aku syorkan pada korang dengan menatang nie.....jangan pening aaaa &C1&D2E1Q0V1X4 S7=55 S11=40 S0=0 bendaalah nie sesuai untuk semua modem 56k terutamanya cap USrobotik/3com. Aku dah rasa kelajuannya, sampai bergegar modem ekekeke... Tips kedua, dengan mengubah kelajuan penerimaan port modem. Lagi mudah ooo. Pergi control panel > modem> tab general properties> tab general. kat situ ubah maximum speed sampai 115200 kemudian pergi kat tab connection> port setting naikkan slider tu sampai ker sebelah kanan sekali. Tips ketiga, dengan mengubah systemnya. Pergi ker start> run> taipkan sysedit. Pergi kat win.ini kemudian cari bahagian yang ada tertulis [port] tambahkan benda nie... COMx:=921600,n,8,1,p yang x tu modem port korang. Jangan silap. Kalau tak tau rujuk modem properties. Haa ada lagi. Pergi macam tadi.. start> run> taipkan sysedit. Cari system.ini. Kemudian carik lagi bahagian nie [386Enh] tambahkan COMBoostTime=1 dan COMxBUFFER=1024 seperti biasa yang x tu port komputer korang. Tips keempat, benda nie payah sikit sebab kena ubah registry windows...so kena backup dulu registry tu dengan pergi ke start> run> scanreg.Pastu pergi start> run> taipkan regedit>pergi sini HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\COMBUFF yang kat bahagian kanan tu jengoklah tempat yang tulis start. klik kanan, modify masukkan 0000 01 klik ok. Kemudian pergi kesini pulak. HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\VCACHE buat macam arahan di atas dan ubah benda yang tulis 'start' tu kepada 0000 01. Lagi satu cuba ubah registry slownet. HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\Class\Net\0000 yang kat sebelah kanan tu cari slownet. Klik kanan pilih modify, masukkan 0000 00. Tips kelima, dengan guna perisian pemacu modem macam netboost99 ker, tetapi aku cadangkan penggunaan perisian internet tweak 2000 keluaran megallas. Bezanya nak tweak windows nie sebab ianya bergantung kepada versi windows tu. Kalau windows95 kena ubah MTUnya. Kalau win98 kena ubah IPMTUnya. Sebab tu aku cadangkan perisian nie. Mudah senang dan tepat. IPMTU aku cadangkan 576 ataupun 1500. Aku guna 1500. NDI Cache aku cadangkan 16. Kalau guna internet tweak 2000 dia set ndicache tu secara automatik ..Rcv Windows aku cadangkan 4 atau 8.Aku set modem aku kepada 8. Time To Live(TTL) tu set kepada 64 atau 128. Aku cadangkan 64. Tips keenam, pergi control panel. Network. Tab configuration. Pilih TCP/IP kemudian properties. Pergi DNS Configuration. Enablekan DNS. Hos: TMnet(kalau guna tmnet) Domain: tm.net.my DNS Server Search Order tu masukkan nombor ip yang tmnet bagi iaitu: 202.188.0.133 klik add. Kemudian, 202.188.1.5 klik add lagi. Pergi Tab Wins Configuration. Disablekan Wins Configuration. Restart komputer korang. Pastu pergi balik control panel, network dan klik dialup adapter. Pilih Tab Advanced dan ubah IP Packet size kepada Large. Ngam Hooo.. Gunakan IE5 dengan lebih baik Jika anda mempunyai Internet Explorer 5 dalam komputer anda, ia mempunyai ciri-ciri yang agak berlainan daripada IE sebelumnya. Seperti pembaca lain mereka juga menghadapi masalah dengan ciri-ciri terbaru dalam IE5 tetapi sebenarnya ciri-ciri ini adalah untuk membantu anda ketika melayari Web. Berikut adalah beberapa koleksi tip berkaitan IE5 yang akan membuatkan pelayaran anda lebih berkesan dan menarik. Lebih daripada satu IE Apabila Internet Explorer 4 dikeluarkan maka lebih ramai pengguna menggunakannya. Tetapi terdapat satu masalah kerana IE4 adalah merupakan sebuah perisian yang lain daripada IE yang sebelumnya. Maka IE5 kini boleh digunakan bersama-sama IE4 dengan menetapkan beberapa ciri khusus semasa pemasangan. Apabila pemasangan IE5 dilakukan, anda akan diberi pilihan iaitu Select the Minimal atau Customized. Apabila kekotak dialog Component Options muncul, klik pada bebutang Advanced dan pilih bahagian Compatibility, kemudian pilih untuk menyimpan IE4. IE ubati IE IE5 adalah aplikasi pertama daripada Microsoft yang mampu membaiki sendiri tanpa melakukan pemasangan semula bila ia mengalami kerosakan. Bila IE itu bertindak agak ganjil, pergi ke Control Panel (Start, Settings, Control Panel) dan buka Add/Remove Programs. Pilih Microsoft Internet Explorer 5 dan Internet Tools seterusnya klik Add/Remove. Dalam kekotak dialog, klik Repair Internet Explorer, kemudian klik OK. Setelah itu IE akan membaiki sebarang kerosakan yang dialaminya. Melebihkan ruang Cara 1 Internet Explorer telah menetapkan senarai bebutang seperti bar menu, toolbar standard, bar alamat dan bar sambungan (links) dan kesemuanya terletak di bahagian atas pelayar. Untuk menambah ruangan, letakkan penunjuk kepada bahagian bawah bar itu dan bila ia berubah kepada anak panah dua hala, heret bar itu ke atas sehingga ia terhenti. Kini semua bar itu adalah sebuah bar yang kecik. Untuk menyusun semula kedudukan, letakkan penunjuk tetikus pada garis mendatar pada sebelah sebarang bar itu dan heret ke kiri atau kanan. Anda boleh terus mengheret bar itu menurut kehendak anda. Atau Cara 2 Untuk mengoptimakan toolbar, anda boleh padamkan bar sambungan, yang memaparkan sambungan kepada beberapa tapak dan perkhidmatan Microsoft. Anda boleh hilangkannya dengan mengklik kanan pada sebarang ruang kosong bar itu dan padamkan pilihan Links. Atau Cara 3 Untuk memadamkan bar tajuk dan menambah lagi ruang, tekan kekunci F11. Ini merupakan kekunci penukaran, dengan menekannya sekali lagi akan mengembalikan bar tajuk itu. Hendak ke tidak bebutang ni Jika anda tidak pernah menggunakan Mail atau sebarang bebutang pada toolbar itu, anda boleh menyunting konfigurasi untuk membuang bebutang itu. Klik kanan pada ruangan kosong bar bebutang itu dan pilih Customize. Pada ruangan sebelah kanan kekotak dialog, klik bebutang yang anda hendak buang dan klik bebutang Remove. Jika anda hendak menambah bebutang pula, pilih bebutang pada ruangan sebelah kiri dan klik bebutang Add. Terbuka sudah Jika anda klik pada sebarang link (sambungan) dalam sebuah laman Web dan tidak berlaku sebarang perubahan, maka anda boleh klik kanan pada sambungan itu dan pilih Open in New Window. Ia akan membuka laman Web itu dalam tetingkap yang baru. Pantas dan lengkap Sebuah ciri tambahan yang menarik dalam IE5 ialah senarai "drop-down" yang boleh anda dapatkan bila anda mula menaip alamat pada bar alamat (Address Bar). Kemudian tekan kekunci anak panah dan turun ke bawah untuk melihat URL laman Web yang anda mahu, kemudian tekan Enter. Jika anda tidak menggunakan IE itu untuk masa yang lama, maka ciri AutoComplete akan menjadi perlahan. Untuk mengurangkan kelemahan ini, pergi ke Tools, Internet Options, General dan kurangkan jumlah hari yang diperlukan dalam History. Anda juga boleh klik Clear History untuk memadam semua senarai History. Sambungan bersih Garis bawah sesebuah teks itu menandakan ia adalah sebuah sambungan (link), tetapi bagi sesetengah orang ia kelihatan hodoh. Jika anda ingin ingin memadamnya, pilih Tools, Internet Options, Advanced, dan pergi ke bahagian Browsing kemudian pilih Never pada bawah Underline Links. Anda juga boleh memilih pilihan Hover, di mana sambungan yang telah anda lawat akan digariskan. Ini bagus digunakan untuk laman yang menggunakan skema warna yang ganjil. Lajukan sambungan Internet Kebanyakan orang gemar bertanya soklan yang sama.... "macam mana nak tambah kelajuan internet connection?" dan kebanyakan jawapannya suruh pakai ISDN , pakai P4 ,pakai modem externel...ya aku akui yang sume tu memang bagi kelajuan internet bertambah tapi memerlukan duit...so aku nak bagi tips˛ yang leh tolong korang...utk win98,win98se dan win98seu winme, win2000, dan winxp bace elok˛ kat bawah ni.... 1. first of all...yg penting korang memerlukan new version driver utk modem korang...cari yang terbarunye...kalo nak cari ...cari kat sini http://www.drivershq.com 2. pegi kat START>RUN>system.ini masuk kat situ..pastu cari line [ 386Enh ] pastu add ComxBuffer=1024 ni...dan satu lagi pegi cari line [vcache] pastu add dua mende ni MaxFileCache=32768 dan MinFileCache=1024 ..... 3. pegi lagi kat START>RUN>win.ini pastu cari line [Ports] pastu tuka setting com1,com2,com3 dan com4 menjadi 921600,n,8,1,p ..... 4. oke...ni plak bahagian registry..read carefully... pegi START>RUN>regedit pastu pegi lak kat HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Internet Settings pastu.... kat seblah kanan tu korang akan nampak dianye register..korang tak perlu kacau registry yg ade...ape yg perlu korang buat ialah mengadd 2 key baru iaitu jenis DWORD values : i) MaxConnectionsPerServer dan set kan kepada 4 Decimal ii) MaxConnectionsPer1_0Server dan set kan kepada 8 Decimal 5. oke masuk lagi kat registry editor START>RUN>regedit pastu go to HKEY_LOCAL_MACHINE\System \ CurrentControlSet \ Services \ Class \ Net \ 0000 haa...kat sini korang cari SLOWNET value dan tuka setting nye dari 01 ke 00 .... 6. care yang same cam nombor 5 pegi kat registry pastu gi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\COMBUFF ...find START value dan tuka setting nye dari 00 ke 01 7. care same gak pegi kat registry editor pastu gi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\VCACHE pastu cari START value dan tuka setting nye dari 00 ke 01 okess ni part susah sket... 8. masuk kat registry editor lagi pastu browse ke HKEY_LOCAL_MACHINE \ System \ CurrentControlSet \ Services \ Class \ Net \ 000 \ Ndi \ params \ IPMTU \ enum ....kat sini korang akan mendapati ade string value iaitu 0 = Automatik, 1500 = Large, 1000 = Medium, dan 576 = Small ....kalo korang ingat balik....mende tu menunjuk kat saiz yg korang set kat dlm CONTROL PANEL>NETWORK>DIAL-UP APDAPTER>PROPERTIES>ADVANCED>IP PACKET SIZE betul tak...haaa.. ni aku nak ajar korang set Custom sendri nye setting....memula korang add new STRING value pastu namakannya kepada Custom dan korang bubuh la angka utk ip packet size korang yg korang nak...tapi jgn terlalu besar sebab ia akan menyebabkannye ia tak berfungsi...so utk tau tahap maximum yang modem korang leh capai ialah dengan mengping laman web isp korang..iaitu dengan care ... masuk run ms dos promt pastu type ni ping -f -l [ip peket size yang korang nak] www.isp.com contoh ping -f -l 576+28 www.tm.net.my oke pastu tgk laju ke idak...ping sampai korang mendapat reply yg laju...dan pastikan korang bubuh +28 dlm ip peket korang tu....dan aku cadangkan korang setkannye kepada 176+28 p/s terpulang la kepada korang...dan kalau dapat setting yang bagus utk ip peket size sile la bagitau kitorang sume kat sini...jgn kedekut ilmu oke....aku pun tak dapat cari ip peket yg terbaik...so minta pertolongan sesape la yek :-ţ ... 8. masuk lagi kat registry editor....pastu browse sampai HKEY_LOCAL_MACHINE \ System \ CurrentControlSet \ Services \ Class\Modem \ 000 ...haaa kat sini korang cari sampai jumpe key values yang nama dia BaudRate dan tuka dia nya isi setting yang bernombor dari c2 01 ke 10 0e dan key value yang bernama DCB dan tuka isi setting nya dari c2 01 ke 10 0e ..... lepas tu restart la pc korang.... after korang restart tu...bukak CONTROL PANEL>MODEM>PROPERTIES haa korang tgk kat maximum speed korang dah bertambah 3 kelajuan baru iaitu 230400, 460800, 921600 dan setkannye kepada 921600 p/s kalau korang tak jumpe BaudRate tu maknanya takde la tu...so jangan la kecewa.... okes yang ni tips jek.... 1. pastikan korang nye setting kat Control Panel>Modem>Properties>ADVANCED adalah disetkan kepada : i) use error control ii) compress data iii) use flow control iv) hardware (RTS/CTS) 2. pastikan jugak korang nye setting kat Control Panel>Modem>Properties>Port Settings dah ditarik abis ke kanan slidernye... 3. dan juga dekat [b]Control Panel>SYSTEM>DEVICE MANAGER>PORTs (COM & LPT)[b] masuk kat sume communication port yang korang ade..pastu pegi kat bahagian [b]PORT SETTINGS pastu setkan bits per seconds nye kepada 921600,data bits 8, parity none, stops bits 1, flow control HARDWARE... hahhh...tu jek yang aku dapat bagi setakat ini.......dan aku nak remind korang lagi...lepas korang ubah sesuatu setting sila la restart pc yerk ...so sampai sini jek la yang aku dapat tulis...okey. p/s kesan daripada ape yg korang akan buat ialah kelajuan bps korang connect ke internet akan bertambah seperti yang aku dulu dari 38600bps kepada 45333bps....dan dl rate dari tak menentu jumlahnye yang kekadang mencecah tahap tak sampai 1kbps kepda lebey 3kbps dan kebiasaan nye 4.5kbps ke atas...dan juga kelajuan korang mengload webpage...ianya menunjukkan penambahan kelajuan 50%... contoh-contoh setting yang ade dlm win.ini ngan system.ini contoh utk langkah ke 2... [386Enh] ebios=*ebios woafont=dosapp.fon mouse=*vmouse, msmouse.vxd device=*dynapage device=*vcd device=*vpd device=*int13 EMMExclude=C000-CFFF PagingDrive=C: ComxBuffer=1024 keyboard=*vkd [vcache] MaxFileCache=32768 MinFileCache=1024 contoh utk langkah ke 3... [Ports] LPT1:= LPT2:= LPT3:= COM3:=921600,n,8,1,p COM4:=921600,n,8,1,p FILE:= COM1:=921600,n,8,1,p COM2:=921600,n,8,1,p Gunakan hotmail dalam Outlook Pegi ke Tool pada Outlook 1. Pergi kepada account 2. Kemudian pegi pada Add 3. Guna server Http utk mendaftar ahli Hotmail @ memindahkan ke Outlook MSinfo32 MSinfo32 di dalam Windows ME boleh digunakan untuk mengetahui pelbagai maklumat sistem komputer yang Windows gunakan. Cara memulakan MSInfo32: Klik Start Klik Run Taip MSINFO32 Dan klik OK Ia menyenaraikan [System Summary] berikut: Hardware Resources - DMA, I/O dan IRQ Component - Maklumat Perkakasan dan Driver, serta CODEC dsb Software Environment - Seperti MSConfig tetapi lebih terperinci Internet Explorer - Info konfigurasi Internet Explorer, Module dan Versi fail DLL Applications - Terhad kepada maklumat suite Microsoft Office Selain dari [System Summary], pelbagai [Tools] boleh dilancarkan dari MSinfo32 iaitu: Senarai Tools Utiliti Fungsi 1 System Restore Bina Baru/Semula Backup 2 Fault Log Error yang pernah berlaku pada Windows 3 Network Diagnostics Loopback, Proxy, Cache, Maklumat Modem, kad Network. 4 DirectX Diagnostic Tools Pengujian keupayaan Multimedia - Sound, Video, AGP, Video Acceleration 5 Update Wizard Uninstall - 6 Signature Verification Tool Pengesahan fail tertentu 7 Registry Checker Periksa Registry dan Backup Baru 8 Automatic Skip Driver Agent Pilihan untuk menetapkan Windows tidak menambah semula driver yang conflict. 9 Dr Watson Senarai module yang Windows load. 10 System Configuration Utility Sama seperti MSConfig 11 Scandisk Sama seperti Scandisk 12 WMI Control Windows Management Instrumentation - Polisi Windows, User, Kawalan Polisi Local dan Remote. Dirumuskan, ketahui potensi dan status Windows ME dengan maklumat-maklumat dari MSInfo32 malahan ia juga boleh dikatakan sebagai suatu repositori untuk penyelesaian masalah sistem. Shortcut Untuk ShutDown, Restart Memula buat shortcut > Klik kanan desktop > New > Shortcut > Rundll.Exe Lepas tu klik kanan kat shortcut tadi letak command kat bawah ni Untuk ShutDown... Shut Down - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindows Untuk Restart Komputer Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2 Untuk Restart Komputer tanpa rebooting Faster Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindowsexec Background Pada Toolbar Internet Explorer Jika Anda Ingin Menghiasi Background pada toolbar IE anda cuba tip ini...:- 1. Masuk ke dalam regedit (registry editor). 2. Klik pada HKEY_CURRENT_USER/software/microsoft/internet explorer/toolbar 3. Pada toolbar,buat satu string value yang bernama "backbitmap". 4. Kemudian pada value data untuk backbitmap itu anda boleh letakkan kedudukan fail bitmap yang anda ingin jadikan background itu.Contoh: C:\windows\setup.bmp. 10 langkah mengkonfigurasi emel TMNet dengan Outlook Express. Secara asasnya, terdapat tiga jenis akaun emel : Web-based, POP dan IMAP yang saling berbeza dari segi cara ia berfungsi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya mempunyai tujuan yang sama, iaitu menghantar dan menerima mesej. Akaun emel TMNet tergolong di dalam emel POP. Apabila anda mendaftar akaun dengan Telekom Malaysia, anda akan menerima Login name (akan digunakan sebagai alamat emel anda) dan password. Alamat emel anda nanti ialah loginname@tm.net.my. Program Outlook Express memang sudah sedia dipasang di dalam sistem anda. Langkah-langkahnya ialah: 1.Buka program Outlook Express 2.Pergi ke "Tools" dan pilih "Accounts" 3.Pilih "Add-Mail" 4.Isikan "Display name" (Ia akan dipaparkan apabila anda menghantar setiap mesej/emel nanti) ,next 5.Pilih "I already have an e-mail adress...Isikan ruangan "E-mail adress" dengan 'loginname@tm.net.my', next 6.Di skrin "E-mail Server Names", pastikan "POP3" telah dipilih 7. Untuk ruangan "Incoming mail server", taipkan 'pop.tm.net.my' 8.Untuk ruangan "Outgoing mail (SMPT) server", taipkan 'smpt.tm.net.my' next 9.Dalam skrin "Internet Mail Logon", di dalam ruangan "Account name" dan "Password", isikan 'loginname' dan 'katalaluan' yang telah diberi semasa anda mendaftar di Telekom dahulu. 10.Jika anda 'tick' di kotak "Remember password", bermakna Outlook Express terus akan membuka emel anda setiap kali anda log-on.Finish Lupa Password Linux?? Khas untuk pengguna-pengguna Linux Red Hat, Kadang-kadang apabila anda nak login dalam account anda, anda terlupa password dan username anda. Macam mana nak buat? Senang saja. Reboot komputer anda dan pada LILO boot prompt tu, taipkan saja 'linux single' dan dia akan boot masuk ke dalam command promp. Substitute user (SU) kepada 'root' dan taip 'passwd'. Dan kat situ, anda taiplah password baru untuk 'root' dan confirmkan. Bila dah tukar, anda delete je account anda tu dan buat yang baru dan gunakan password yang baru. Dah siap... Biasanya tips ni boleh jugak digunakan untuk recover password root yang lupa atau dalam ertikata lainnya hacking Red Hat orang lain atau buat kacau untuk network administrator... Bye... Customize Windows 98, 98SE dan ME Di sini suka aku cadangkan supaya korang suma download je winboost 2001. URL dia: http://www.winboost.com . Benda alah ni memang kegunaannya untuk customize windows dan performance komputer anda ke tahap maksimum. Tetapi pastikan anda tahu apa yang anda telah lakukan kerana winboost ni berpotensi besar untuk merosakkan registry komputer anda dan ia sangat susah untuk di recover balik. Perlu diingatkan, ambiklah langkah berjaga-jaga apabila mengkonfigurasi windows kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan komputer anda akan 'hang' atau tak boleh boot atau system file corrupt. Mengikut pengalaman aku, kalau salah satu daripada benda-benda ni berlaku, wajiblah korang mengformat kembali hard disk dan menginstall semula windows. Biasanya winboost ni ada dia punya tooltips sendiri untuk memberitahu korang apa benda yang sebenarnya korang buat. Good Will and Good Luck!!! Mempertingkatkan keupayaan komputer Sudah tentu dewasa ini komputer anda adalah antara yang tercanggih pernah wujud di atas muka bumi ini kerana menggunakan pemproses yang pantas. Tetapi tahukah anda bahawa penggunaan komputer yang efisien dan efektif dapat mempertingkatkan keupayaan komputer anda? Di sini saya suka untuk berkongsi tips dan tricks tentang bagaimana untuk mempertingkatkan keupayaan hard disk komputer anda ke tahap maksimum. Mula-mula right click pada icon my computer di atas desktop > properties dan dialog box untuk system properties akan pop-up. Ambik tab devices dan expand hard disk controller menu dan select jenis hard disk yang anda guna (bukan floppy disk). Dan double click pada hard disk tu untuk pop-up kan properties nya. Ambik settings, dan check checkbox DMA. Restart komputer anda dan hard disk anda akan berada dalam keadaan fully utilized. Hal ini juga boleh digunakan untuk cdrom drive dan segala drive yang ada DMA settings. Kadang-kadang tidak semua cdrom drives boleh enable DMA... Kendian, dalam system properties yang sama select performance tab dan kat situ ada menu 'desktop computer'. Tukar benda tu jadik network server dan apply kan supaya features tu dapat di activate. Restart komputer kalau mahu dan jalankan kehidupan anda seperti biasa. Komputer anda akan lebih best... Mengguna enjin pencari ENJIN Pencari seperti Yahoo!, AltaVista, Excite, Lycos dan sebagainya merupakan tapak web yang paling popular dalam Internet kerana kebanyakkan pengguna akan mendapatkan khidmat tapak ini untuk mencari bahan diingini dalam Internet. Berikut ialah beberapa petua atau tip untuk menggunakan enjin pencari: Pertama, Anda harus mengetahui kata kunci (keyword) yang akan digunakan dalam mencari bahan-bahan dan halaman web yang anda ingini. Jika anda kurang pasti apakah nama tapak atau bahan yang anda cari, anda boleh menggunakan perkataan yang umum dan enjin pencari akan menyenaraikan kesemua maklumat berkaitan perkataan ditaip. Bagaimanapun, anda juga boleh menggabungkan dua atau tiga perkataan dengan lebih spesifik untuk mempercepatkannya proses pencarian. Contohnya, jika anda ingin mendapatkan maklumat Multimedia Super Corridor, anda boleh menaip ketiga-tiga perkataan tersebut. Keduanya, jika tapak enjin pencari yang anda gunakan agak sibuk dan lambat, anda boleh menukar kepada tapak enjin pencari yang lain atau menggunakan tapak pantulan (mirror site) syarikat tersebut yang lokasinya lebih berhampiran. Untuk pengetahuan anda terdapat beratus enjin pencari dalam Internet. Jika telah mendapat maklumat atau tapak web yang anda cari, jangan lupa untuk merekodkan maklumat itu di dalam Favorites (Internet Explorer) atau Bookmark (Netscape Communicator) bagi memudahkan anda mencarinya pada masa akan datang. Anda juga harus mengetahui sintaks (syntax) atau cara arahan diberi seperti meletakkan tanda-tanda + atau - bersama-sama kata kunci. Contohnya, Multimedia +Super +Corridor. Sesetengah enjin pencari pula menggunakan sintaks yang berlainan, contohnya perkataan AND dan NOT untuk menggantikan tanda + dan -. Manakala sesetengah yang lain pula hanya memerlukan anda memilih jenis carian daripada pilihan menu yang disediakan. Simbol untuk Internet Pernahkah anda bersembang menerusi chat, membaca e-mel ataupun menyertai mana-mana forum di Internet, lalu terserempak dengan simbol-simbol aneh yang tidak anda fahami? Sebenarnya banyak simbol yang boleh digunakan untuk menggambarkan emosi seseorang semasa berkomunikasi menerusi Internet. Memandangkan kita tidak dapat melihat wajah seseorang semasa chat atau e-mel, simbol-simbol atau juga dikenali sebagai smiley ini penting untuk menyampaikan sesuatu mesej supaya lebih berkesan. Selain simbol, singkatan-singkatan tertentu juga digunakan untuk mewakili perkataan yang kerap ditaip. Singkatan seperti ini menjimatkan masa anda untuk menaip sesuatu ayat. Berikut adalah beberapa simbol dan singkatan perkataan yang boleh anda guna (simbol-simbol smiley ini diinterpretasikan dengan menyengetkan kepala anda ke kiri!): :) : senyum :-) : gembira (-: : senyum orang kidal :=) : senyum orang utan :3) : senyum orang hidung besar :-B : senyum orang gigi jongang :-D : ketawa @:-) : senyum orang pakai serban C=:-) : senyum tukang masak {:-) : senyum orang pakai topi :-}X : senyum orang pakai bow tie 8-) : senyum orang pakai kaca mata [:-) : senyum orang pakai songkok o<:-) : senyum santa claus :-[ : drakula/vampire ;^) : senyum dengan cara 'mencemik' muka =:-) : senyum orang berambut tegak/punk :-~ : muka selamba :-{ : orang ada misai 8(:-) : mickey mouse :-( : sedih ;-( : menangis :Ő-( : menangis :-o : terkejut :-O : terkejut besar :-/ : ragu-ragu :-\ : tak pasti :-] : gembira X-( : sudah mati ;-) : mengenyit mata :-* : cium :-II : marah %-) : keliru :-# : mulut kena plaster :-(*) : kata-kata anda menyebabkan saya benci :-P : menjelir >;-> : a very lewd remark was made :-& : lidah terikat O:-) : pari-pari :-@ : menjerit :-^ : memuncungkan mulut Banyak lagi simbol lain yang boleh anda fikirkan dan cipta sendiri dengan menggunakan kombinasi huruf yang terdapat pada papan kekunci anda. Contohnya, [:3B orang hidung besar gigi jongang pakai songkok. Berikut pula adalah singkatan-singkatan perkataan yang selalu digunakan untuk meringkaskan ayat. b4 : before brb : be right back btw : by the way cu : see you cul : see you later lol : laughing out loud oic : oh I see tnx : thanks wtg : way to go bcoz : because np : no probleam bbl : be back later tq : thank you kewl : cool ppl : people irl : in real life ic : I see dmi : don't mention it k : okay rtm : read the manual asap : as soon as possible imho : in my humble opinion fyi : for your information aka : also known as asl : age, sex and location
|