Tips Komputer 12

Cara mempartition/format hardisk

Cara mempartition/format hardisk:
Biasanya, kita perlu mempartition hardisk apabila:
1. mendapat hardisk yang baru.
2. untuk bertukar ke versi windows yang lain.
3. untuk memperbaiki hardisk.
4. untuk membina hardisk yang mempunyai lebih dari satu bahagian.

Langkah pertama (membina partition):

1. pastikan anda mempunyai start up disk atau oem ‘windows cd-rom’ samaada versi windows ME, 98, atau 95.
2. pastikan boot pertama computer anda adalah pada cdrom atau floppy. Jika tidak, anda perlulah pergi ke CMOS Setup terlebih dahulu untuk setkan nya. Caranya ialah semasa on-kan computer, apabila anda berada pada masa paparan power on self test (POST), klik kan kekunci delete (lihat paparan di bawah screen kekunci apa yang perlu dipilih) atau lain-lain kekunci (bergantung kepada jenis BIOS) seperti mana yang diperlukan untuk pergi ke CMOS Setup. Pilih advanced BIOS features dan enter, pergi ke menu first boot device dan setkan sebagai cdrom atau floppy sepertimana yang dikehendaki. Tekan kekunci esc untuk keluar dan pastikan anda save sebelum keluar.
3. masukkan start up disk atau OEM Windows CDRom anda dan boot semula computer.
4. seterusnya computer anda akan memaparkan beberapa menu berikut:
à help (jika anda memerlukan bantuan)
à start computer with CDROM (jika anda ingin turut menggunakan CDROM)
à start computer without CDROM
à minimal boot (jika anda ingin menggunakan boot yang minima dan pantas dan tidak menggunakan CDROM).
5. jika anda sekadar hendak memformatkan atau partition hardisk anda boleh memilih minimal boot dan enter.
6. command prompt akan muncul, kemudian taipkan fdisk dan enter.
7. pilih yes dan enter.
8. kemudian screen anda akan memaparkan beberapa menu untuk dipilih. Berikut adalah menu-menu itu.
1. Create DOS Partition or logical DOS drive
2. Set active partition
3. Delete partition or logical DOS drive
4. Display partition
5. Change current fixed disk drive.
Menu satu adalah untuk mencipta DOS Parition yang baru, menu dua untuk set active atau primary partition (jika anda membina lebih dari satu partition), menu tiga untuk membuangkan atau delete partition yang telah sedia ada pada hardisk., menu empat untuk melihat partition yang ada pada hardisk anda, dan menu lima hanya akan muncul apabila anda memasang labih dari satu hardisk dan digunakan untuk memilih hardisk mana yang hendak dipartition.
9. untuk mula mempartition hardisk baru, sila pilih menu pertama. Jika hardisk anda telah sedia dipartition, anda perlu delete partition asal terlebih dahulu dengan memilih menu tiga dan delete kesemua jenis partition yang terdapat pada hardisk tersebut.
10. setelah anda memilih menu pertama, menu berikut akan muncul:
1. create primary DOS Partition
2. create extended DOS Partition
3. create logical DOS Drive(s) in the extended Partition.
11. pilih menu primary DOS Partion dan proses pertama akan dimulakan. Apabila proses tamat, anda akan diberi pilihan samaada hendak menggunakan kesemua ruang (capacity) hardisk anda atau tidak. Pilih yes jika ya. Jika anda hendak membina dua partition pada hardisk anda, anda perlu memilih no. dan enter.
12. jika anda memilih no daripada pilihan tadi dan ingin membina partition yang kedua, anda perlu klik esc dan pergi ke menu extended DOS Partition dan proses akan bermula. Apabila tamat anda dikehendaki setkan capacity yang diperlukan untuk pertition yang kedua ini seperti tadi. Kemudian anda dikehendaki keuar dari menu create DOS Partition dan pergi ke menu kedua iaitu menu set active partition kerana anda telah membina lebih dari satu partition.
13. sebaiknya anda memilih volume pertama untuk diacktifkan atau sebagai primary partition.
14. kemudian anda perlu keluar ke dos prompt (a:\) dan anda perlu boot (restart) semula computer anda dan masuk semula ke dos prompt seperti cara permulaan tadi dan format hardisk yang baru dipartition tadi.

Langkah kedua (memformat hardisk):

1. pastikan anda berada pada prompt a:\ dan taipkan format c (bergantung kepada prompt hardisk anda) dan tekan enter. Pilih yes untuk meneruskan memformat hardisk anda. Proses bermula dan biarkan sehingga tamat.

RAM besar tidak perlu swap file.

Kenapa Swap File Tidak Diperlukan?
Petikan Random News menulis: "Swap File adalah file yang direka oleh Windows untuk menggunakan virtual memori, yang terdapat di folder Windows. Konsep, ini muncul untuk membaiki masalah di random access memory (RAM).

Oleh itu, kelebihan kepada pengguna pc di mana jika komputer mereka menggunakan sistem operasi Windows XP dan RAM komputer yang cukup besar, contoh 512 megabyte atau 1 gigabyte, swap file tidak lagi diperlukan. Ruang hard disk yang dulu telah digunakan oleh swap file tetapi kini dapat digunakan untuk tujuan lain, sama ada hendak menyimpan data atau aplikasi yang lain bagi keperluan diri anda.

Bagi sesiapa yg ingin mencubanya, kaedah untuk menghilangkan swap file boleh dilakukan denga cara:

1. Klik butang kanan mouse(right cilck) pada ikon My Computer, kemudian pilih Properties sehingga tetingkap System Properties terbuka.
2· Klik tab Advanced dan klik butang Settings untuk membuka Performance group.

3. Klik tab Advanced dan klik pada butang Change(bahagian bawah) dan pilih No Swap File atau No paging file.

Jika anda tidak ingin menghilangkannya, anda boleh setkan atau mengubah ukuran swap file mengikut kesesuaian.

Prinsipnya, besar swap file adalah 1,5 kali total RAM. Caranya sama seperti langkah di atas dan masukkan ukuran swap file yang baru.

Kaedah lain yg boleh digunakan untuk setkan swap file ialah dengan cara menggunakan registry winOS.

Jadi, untuk melakukan caranya ialah:
Klik menu Start, pilih Run dan tulis regedit dan tekan ok atau Enter. Pada tetingkap System Registry, click pada kekunci
HKEY_LOCAL_MACHINE SYSTEM CurrentControlSet Control Session Manager Memory Management, cari parameter DisablePagingExecutive, ubah nilainya menjadi 1 (default-nya ialah 0). Selamat mencuba.


Reset Bios

Kekadang ramai orang yang terlupa password yang telah disetkan kat bios then diorg cabut bateri bios untuk meng setkan semula bios diorang...

Tapi kadang² cara ni boleh buatkan tetiba je bios tu tak berfungsi mungkin tersalah pasang atau apeke... so ramai mengeluh bila bios tak jalan dan ade juga yang terus hantar kedai... atau minta tolong member...

So.. sebenarnya kalau nak reset semula bios... camni.. Bukak casing cpu tu then cari mana bateri bios tu (pastikan switch off dulu cpu) ... Lepas tu cari dekat² situ jugak ... atau dekat² dgn chip bios tu... ada satu bhg jumper ( 3 pin ) dengan satu 'jumper caps' yg tutup 2 drp 3 pin tu...!! ( ditutup pada pin no 1&2 - tapi kat mobo tu tak tulis no )

Bukak jumper caps tu pada 2 pin ( no 1&2 )tu ..then cucuk balik pada jumper pada pin no 2& 3 ... ( tgh dan pin yg tak ditutup pada awal setting tadi )... biar selama 5 saat... then pasang semula spt asal... masuk pada pin 1&2 semula...ok...itu je...



Nota dari Editor: Lebih jika sumber kuasa di matikan terus (off power plug) dan bukan sahaja off CPU, ini kerana dalam sesetengah keadaan, walaupun CPU di matikan (off) namun ia masih dalam keadaan "Standby" dan masih ada ingatan yang disimpannya

Untuk Melajukan Dialing tone

Untuk melajukan dialing tone semasa hendak meng acces ke internet dgn menggunakan modem.

Goto Start menu > Setting > Control Panel > klik Modem

Goto Properties > Connection > Advanced > Dlm kolum Extra Settings sila taipkan s11=50

Insya Allah, anda akan mudah untuk meng acces ke internet xspecially jika anda mengggunakan ISP spt Maxis Net& Time dot com yg menggunakan acces number yg panjang.


Modem Senyap

Untuk menghilangkan bunyi bising modem semasa dialing, anda perlu :
- Klik Start Button
- Pergi kpd Setting, Control Panel
- Klik Modem
- Pergi kpd Properties
- Klik pada tab Connection di atas
- Klik pd butang Advanced
- Pd kekotak Extra Setting taipkan M0

Singkatan reboot

Reboot selalunya digunakan untuk mengemaskini sistem komputer setelah sesebuah perkakasan telah dimasukkan atau sesuatu software di save didalam komputer dimana arahan meminta komputer di rebootkan. Kita 'restart' komputer kita dengan adanya arahan restart pada menu SHUTDOWN (untuk OS Windows) tapi disini terdapat satu cara untuk mempercepatkan reboot. Anda pilih 'restart', kemudian sebelum anda menekan 'ok', anda tekan dan tahan (hold down) butang shift sebelah kanan keyboard diikuti dengan butang 'ok'. Dengan cara ini, komputer akan 'skip' detecting hardware dan konfigurasi sistem dan ini menjimatkan masa anda yang mempunyai banyak software dan hardware untuk di'install'


Sambungan modem

Anda tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung.

Klik Start, Setting,dan Control Panel.Klik ikon Modems. Klik Properties, Connection dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50.

Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.

AMD atau Intel

amd & intel sesama kuat..duk bersaing kan
paling terbaru
AMD ngan Athlon XP & Intel ngan Pentium 4
mana satu pilihan bijak?

mengikut survey yg dijalankan
kebanyakan org memilih AMD sebagai pilihan diaorang...dari segi:
harga yg murah berbanding dengan Intel
dan kuasa yg maximum...

sebab kajian menunjukkan...
Pentium 4 1.8ghz jauh ketinggalan dengan AMD Athlon XP 1.5ghz ...

survey lain mengatakan..bahawa AMD sesuai utk permainan dan tidak dikhususkan utk kerja berat...berbanding Intel yg mampu melakukan tugas sedemikian

pilih la yg mana satu sesuai utk anda

Slowkan bunyi modem anda

sesekali semasa mendail ke internet, modem anda akan mengeluarkan bunyi yang kuat. Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.

1. Masuk Control Panel >>> Modems

2. Klik pada jenis modem yang digunakan dan seterusnya klik properties

3. Klik pada tab Connection dan klik Advance...

4. Seterusnya masukkan masukan ini M0 pada ruangan tersebut dan klik OK

atau anda boleh laraskan Speaker Volume pada modem ke tahap yang anda mahu...


Guna kabel berasingan untuk CD-ROM /HDD lama

Untuk mendapatkan prestasi maksima HDD jangan kongsikan CD-ROM (jadi slave) dengan HD utama. Ini disebabkan EIDE controller tidak multitasking macam controller SCSI.
Oleh itu gunakan kabel IDE yang berasingan untuk CD-ROM dan sambung pada M/B yang berlebel Secondary (atau IDE-1/ IDE-2) bergantung pada M/B.
Selain daripada itu jangan campurkan HDD lama (kelajuan 33 MByte/s dengan HDD 66/100 MByte/s) asingkan mereka menggunakan kabel lain.
Cara ini dapat meningkatkan prestasi keseluruhan komputer, terutama komputer yang guna CPU AMD-K6/Cyrix II, dan yang menggunakan M/B yang tak berapa baik..


Bad Sector Dalam Linux

Kalau ada hard disk yang rosak lee..
cam ada bad sector kee..
cuba try format dlm linux...
sebab kalau dlm linux dia terangkan seluruh maklumat tentang keadaan yang rosak

Hard Disk Bad Sector

Jika menggunakan sebagai 'slave' anda perlu mempunyai HDD yang kedua......Terdapat satu cara lagi ..iaitu cuba "ingat" cuba untuk menghilangkan bad sector tersebut. Ini dengan menggunakan 'low level format'. Ini adalah kerana bad sector di kawal oleh 'software', maka terdapat 'chances' untuk menghilangkan bad sector tersebut. Gunakan 'low level format' mengikut 'brand' HDD yang digunakan oleh anda.


Format Bad Sector

Anda bermasalah hendak format harddisk yang mempunyai bad sector..penyelesaian terbaik
1)Jadikan hdd yang bermasalah anda sebagai slave
2)kemudian masuk ke windows dan format menggunakan windows.

LAMAN UTAMA