Tips Komputer 13

Penggunaan system restore bagi Windows

Mungkin dah ramai orang tau, bagi yang tak tau lagi tuh disini saya ingin berikan tips cara-cara untuk menggunakannya.

system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me'restore' file anda mengikut tarikh2 tertentu dengan syarat mesti terdapat satu 'restore point'.

cara-cara hendak membuat restore bagi winXP:

1. buka help and support dan taipkan 'system restore' pada ruang searchbox.
2. banyak menulink yang keluar dan pilih "run the system restore wizard".
3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file
ataupun membuat restore point.



Shortcut Key Windows

Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini..

window+d untuk minimize/maximize window
window+e untuk buka windows explorer
window+r untuk buka RUN
window+f untuk SEARCH
window+l log off user
window+u utility manager


Penggunaan Toolbar Untuk Memudahkan Shortcut

Tips ni untuk korang yg. hendak banyak shortcut tapi taknak menda alah ni penuh kat dekstop korang.Tips ni untuk semua Win 9x,Me dan Xp tapi Win 95 aku tak tahu pasal aku tak pernah try..Okay,enjoy!

Cara-cara

1.create new folder dlm. C dan seumpamanya dan letak nama ikut suka korang.Contoh:program

2.dlm. folder program tu korang create lagi new folder dan namakan ikut jenis program.Contoh : grafik,games,media

3.dlm. folder grafik contohnya korang letaklah shortcut untuk program grafik seperti photoshop.Shortcut tu boleh dibuat seperti meng'cut' shortcup di dekstop atau klik butang kanan->new->shortcut.

4.lepas tu kat toolbar korang klik butang kanan->toolbar->new toolbar.pastu korang locate lah folder yg. korang create tadi.kalau korang create dlm. C folder maka lokasi program tu c:\program.

5.lepas ni korang dapat lihat toolbar baru terbentuk.klik simbol '>>' dan shortcut korang akan kelihatan.



Install Win9x Note Book Tanpa CD-Rom

Untuk mengInstall win9X Note Book jenis lama dan tidak mempunyai cd-rom drive caranya ialah tanggalkan hard disk pada note book tersebut(dengan Cermat) dan pasangkan pada hard disk converter(Boleh dibeli di Plaza Low Yat,Ting 4, kedai barangan terpakai komputer, harga dalam rm 25.00).

Kemudian pasangkan pada IDE cable komputer biasa. Lepas tu setkan BIOS supaya Komputer kita dapat baca hard disk tersebut, save setting dan lakukan fdisk dan format serta setup windows seperti dilakukan pada hard disk biasa...


Ingin menukar gambar "TV/Monitor" pada system properties?

Pernah melihat System Properties? Bukak Start -> Control Panel dan dalam tu ada System Properties, atau Right click ICON My Computer dan pilih Properties.
Perasan tak ada gambar macam Monitor/TV pada sudut atas sebelah kiri? Teringin nak menukarnya? :P
Biasanya orang akan tukar OEM logo pada bahagian bawah sebelah kiri (kalau anda punya tak ada, just create satu gambar format BITMAP, dan save jadi oemlogo.bmp, dan simpan dalam SYSTEM folder anda, nanti gambar anda akan keluar.
Camana pulak nak tukar Gambar TV/Monitor kat System Properties tu?
Ok, sekarang ni apa-apa hal, sediakan satu imej dalam format bitmap terlebih dahulu (sama macam oemlogo.bmp tu pun boleh). Saya andaikan yang anda nak letak gambar yang sama seperti OEMINFO kat situ! :)
Kat dalam ni mesti ramai yang pernah dengar software Reshack atau Resource Hacker, betul? Siapa yang tak ada boleh download di SINI! Dan extract kan dia menjadi satu folder dan dah boleh guna, Click aje file ResHacker.exe tu. (Jangan bimbang, software ni VIRUS free... ;))
Kemudian cari fail Sysdm.cpl di dalam direktori C:\WINDOWS\SYSTEM kalau anda guna windows98, ME dan C:\WINDOWS\SYSTEM32 kalau ko guna windows 2000 dan XP. Search sahaja kalau susah sangat.
Bila dah jumpa;

* Run Reshack.

* Pergi menu FILE pada Reshack dan click OPEN

* Cari fail sysdm.cpl dan open.

* Sekarang ni anda akan nampak beberapa DIREKTORI di sebelah kiri pada Reshack tu, ada BITMAP, ICON, DIALOG dan sebagainya.

* Click tanda + disebelah BITMAP tu (orang di UK panggil expand :P

* Nampak folder "1"? Ok, Expandkan dia lagi ke bawah... dan anda akan nampak nombor 1033, OK click nombor tu!

Ok..Nampak tak Imej Monitor tu sekarang? ;) Itulah yang anda nak tukar, OK sekarang ni pulak cara nak replace imej tu;

* Pegi pada MENU "Action" kat reshack dan amik "Replace Bitmap".

* Dia akan keluar satu kotak, dan anda klik "open file with new bitmap..." dan select bitmap yang anda nak replace tu

* Click butang "Replace"

Dan anda akan tengok MENU sebelah kiri tang BITMAP tu akan "Collapsed" (naik ke atas balik dan tanda + tu keluar). Taraaa! Gambar TV tadi tu dah pun bertukar!
Belum siap lagi tu!... sekarang ni pulak! kena save, tapi jangan save terus, pilih SAVE AS, dan letak kat tempat lain, letak jauh jauh, dalam drive D: ke apa ke...

Nak buat benda ni jadi, restart PC anda dan masa dia nak boot ke harddisk, cepat-cepat tekan F8, dan pilih:

* Command Prompt only untuk windows98 dan ME.

* Pilih Save Mode with Command Prompt untuk windows2000 dan XP

Sebab? file Sysdm.cpl tu adalah salah satu dari Windows File Protection dan dia tak kasi fail tu direplace, diubah ketika windows tengah beroperasi. Sebab tu kena pegi Safe Mode.
Bila dah masuk dalam command prompt, Just taip command ni -> copy C:\Windows\yoursystem\Sysdm.cpl C:\Windows\yoursystem\Sysdm.bak
dimana yang ni gunanya sebagai backup, mana la tahukan yang anda dah modified tu tak jadi plak!
(NOTA: %yoursystem% tu samada anda punya folder system, SYSTEM atau SYSTEM32)
OK, sekarang ni proses nak replace file original kepada file yang anda dah tukar. Pada command prompt taip aje -> copy X:\Sysdm.cpl C:\WINDOWS\yoursystem (NOTA: X tu anda punya drive lain, atau kalau anda save dalam C:\My Documents, jadilah macamni -> copy "C:\My Documents\Sysdm.cpl" C:\Windows\yoursystem)

Siap!, Restart balik PC anda supaya dia boot macam biasa, dan check anda punya System Properties!


Dua dalam Satu! Kemaskini Windows dan "VIRTUAL PC"

Install OS di dalam OS!

Pasti ada beberapa orang yang tahu, dan pernah guna, pernah buat. Bagi anda yang gemar mencuba sesuatu yang baru, OS baru, perisian baru, di sini ada satu program. Nama software ini adalah Connectix Virtual PC.

Fungsi software ni adalah mewujudkan OS lain ketika OS utama sedang beroperasi.

a. Sila ambil perhatian bahawa software ini cuma boleh diinstall di dalam Windows2000 dan Windows XP
sahaja. Yakni di atas NT kernel.

b. Bila dah install, (dah habis segala kerenahnya, mintak restart la apa la ;)) disini cara untuk menggunakannya:

1. Klik FILE. Ambil 'NEw PC'. Dia akan keluar 'PC Setup Wizard - Virtual PC'. Klik Next. Dia akan
minta 'New PC Name'.
Jadi kalau anda nak install Linux Mandrake katakan, letaklah nama itu. Lepastu NEXT. Dia akan tanya "how would you like to configure your PC?". Ambil "GUIDE ME".
NEXT. Dia akan tanya Which Operating System do you intend to run on this PC?". Pilih ikut jenis OS yang anda hendak install, kalau LINUX ambillah LINUX dan seterusnya klik NEXT.
Anda akan tengok "Memory settings" page... Haaaa! Yang ni penting. Kepada PC yang ada kurang 128MB, lebih baik jangan guna sebab akan menyusahkan diri anda. Jadi aku andaikan anda ada 256MB RAM. Dia akan tanya "Do you want to adjust this PC's memory allocation?" ambil Yes!.
Anda draglah sebanyak mana yang anda nak, tapi biasa kalau anda install UNIX macam Linux, 64 hingga 128MB dah memadai.

Klik NEXT. Anda akan melihat page "BOOT Disk Option". Oleh kerana anda tidak ada lagi "Virtual Harddisk" jadi sila pilih "Create a new harddisk image". klik NEXT.
Dia akan tanya "Disk image location". Sila letak dekat partition lain yang anda ada (atau harddisk lain kalau anda ada slave harddisk dalam komputer).
Aku andaikan ada drive F: jadi ia akan jadi F:\Mandrake.vhd (pastikan extensionnya adalah *.vhd).
Akhir sekali dia akan keluar Setup Summary. klik FINISH

2. Kemudian, klik IMAGE yang dia create dalam Virtual PC itu, dan klik Start Up. Haaa... Dia akan keluar satu skrin seolah-olah ada "komputer lain dalam komputer anda". Sila pilih boot device
media anda.
Katakan anda guna CDROM. Klik Menu "CD" di atas dan ambil Capture Host Drive X: (X adalah cdrom anda) Nampak dia ada letak "Capture IMAGE"? Itu kalau ada *.ISO file, pakej yang anda download dari Internet misalnya. Jadi Virtual PC ni ada dua pilihan samada anda nak install dari bootable media seperti CD atau terus dari ISO tanpa perlu burn ke CD terlebih dahulu... Dan install macam biasa...
3. Kalau anda nak tau, tengok fail dalam F:\Mandrake.vhd tu dan tengok dia akan membesar... itulah
komputer anda yang satu lagi ;)

c. Yang bestnya anda boleh jadikan dia "Full screen" seolah-olah anda berada di dalam OS tersebut dan bukan di dalam Windows. Hahhahaha... menarik bukan?
Kalau ada kawan yang hendak pinjam komputer nak guna MS WORD, anda jadikan fullscreen dan pakai la Linux tu... ;P
Anda boleh kaji lebih lanjut di menu utamanya, di PC, Edit, CD, Floppy, dan sila baca HELPFILE.

Dan bila anda nak shutdown, dia beri anda dua pilihan, samada nak terus Turn OFF, atau 'Save PC state". Di mana kalau Save PC state, dia akan simpan dalam keadaan macamana anda tinggalkan, jadi lain kali bila anda hendak start, dia terus keluar seperti mana anda tinggalkan sebelum itu!

d. Menarik? Anda boleh dapatkan software tu di SINI atau beli sendiri di kedai (Biasa la, yang kat internet itu evaluate punya) ;))


Matikan fungsi document history

Biasanya apabila anda mengakses sesuatu file atau dokumen , komputer akan merekodnya ke dalam senarai pada Documents di Start Menu. Anda boleh mematikan fungsi ini (disable) dengan cara:

1. Pergi ke Start > Run > taip Regedit
2. Kemudian pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
3. Di ruang sebelah kanan, klik butang tetikus kanan dan create new DWORD value
4. Namakannya 'NoRecentDocsHistory' .Kemudian setkan value data = 1 & base=hexadecimal

Pergi pula ke
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Policies\Explorer

1. Ulang langkah 3 & 4
2. Keluar dan restart komputer.


Folder menjadi virtual drive

Anda boleh menjadikan salah satu folder dalam komputer anda menjadi satu virtual drive seperti E: , F: dan sebagainya. Ia mempunyai beberapa kelebihan iaitu salah satunya mempercepatkan capaian data oleh komputer kerana ia tidak perlu melalui folder-folder yang lain untuk mencari sesuatu data. Caranya ialah:
1.Buka ms-dos (command.com) dengan menaip COMMAND pada perintah RUN
2.taipkan seperti berikut:

subst x: y:\namafolder

dimana x ialah nama virtual drive yg anda inginkan dan y ialah drive fizikal di mana folder yang anda ingin jadikan virtual drive itu berada.

Editor:
Taipkan subst tanpa apa-apa parameter untuk melihat pemacu atau drive fizikal yang sedang aktif (jika ada).
Taipkan subst/? untuk melihat bantuan tentang cara atau fungsi lain yang boleh digunakan untuk arahan ini.


Setup Windows Biar Macam Ni

Kebiasaan nya kita kalau nak install OS main mudah jer, tapi nie ada satu teknik atau trick untuk setup windows. Bila korang nak setup OS yang baru, atau lepas korang dah abis buat partition dan dah abis format, dan sedia nak setup OS dia akan jadik cam nie kan..
-> a:\

Pastu korang taip cam nie c:

dia akn jadik cam nie c:\

pastu taip md win9x

then cd win9x

lagik copy x:\win9x
x:\ mewakili cd-rom drive)

ikut jerh satu persatu.. ini untuk simpan data windows yang korang setup tu pada sebahagian kecin dalam HDD kowang tuh, tujuanya supaya korang tak gelabah nak cari cd windows tuu balik bila sistem mintanya contoh permintaan nya...... please insert cd Windows98SE in drive f


Windows 98 Setup

Sebenarnya..perkara asas yang saya nak ajar ialah camna nak install/setup win98. Bukan apa, sebab aku dapat tahu masih ramai antara kita yang tidak berpengalaman nak install bendaalah nie. Mula-mula benda yang paling asas ialah driver/fail bagi perkakasan anda seperti kad bunyi, modem, kad graphic serta driver chipset mainboard.

Selain tu, kena adalah cdrom win98 dan disket startup untuk memulakan komputer. Langkah pertama, masukkan disket startup kat drive A. Kemudian bootkan komputer anda dan pilih pilihan satu iaitu menghidupkan PC ngan CD-ROM sekali. Kemudian formatkan PC tu (kalau dah boring ngan OS lama) commandnya macam nie... C:/format c: lepas format selalunya akan tanya volume label. Volume label tu nama bagi hardisk. Namakanlah contoh: taipkan nama siti kemudian klik enter.

Langkah kedua, ialah nak install win98. Pergi ke cd arahannya macam nie D:\ kemudian taipkan setup dan ikutler arahan yang window bagi untuk install win98. Mudahkan..kan..kan..kannn. Proses ini bergantung kepada kelajuan komputer ataupun jumlah data yang korang nak install.Kalau komputer korang laju adalah dalam 30minit nak selesai..

Langkah ketiga, nak install kad VGA(graphic kad). Macam nie, sesetengah VGA tak boleh di install secara automatik kedalam win98 mungkin disebabkan jenama yang tak terkenal ataupun produk tu belum keluar semasa win98 release. Klik kanan pada desktop. Pastu, klik setting, advanced. Kemudian, pilih adapter dan klik change. Tetapkan lokasi driver/pemacunya dan klik install kemudian restart, ngam hoo..

Langkah keempat, iaitu nak install driver bunyi(sound card) pergi control panel. System.Cari tempat yang ada tanda soal, kemudian pastikan kat sebelah tanda soal tertulis PCI Multimedia Device. Klik pada bendaalah tu, kemudian pilih update driver. Tetapkan lokasi driver anda dan install. Restart kalau perlu.

Langkah kelima, nak install modem. Caranya sama macam langkah keempat, cuma masa kat system tu,kat sebelah tanda soal tu tertulis, PCI Communication Device. Tetapkan lokasi dan klik install. Dalam artikel yang akan datang, aku akan tunjukkan beberapa arahan shortcut dengan menggunakan start >run. Jadi kenalah tunggu..

Lajukan Defrag

* Klik Kanan My Computer.
* Properties Performance.
* Virtual Memory.
* Let me specify my own virtual memory settings.
* Disable Virtual Memory.
* OK, Yes, Close & restart komputer.
* Defrag.
* Ulang Langkah 1 - 4. (Untuk mengembalikan Virtual Memory kepada keadaan asal).
* Let Windows manage my virtual memory settings.
* OK & restart komputer.

Utiliti dan tools istimewa Windows


Kali ini aku nak ceritakan pasal beberapa tools yang ada dalam windows dan boleh digunakan.

Kalau korang tidak tahu dekat mana lokasi sebenarnya tools ini, run sahaja dengan cara pergi ke Start dan Run. Lepas itu taipkan arahan-arahan ini.

1. msconfig - Fungsinya untuk melihat serta mengeditkan fail sistem kat windows seperti autoexec.bat dengan cara yang tertib dan betul, serta mengawal senarai startup windows iaitu fail-fail yang perlu di-load semasa boot dan mengubah option Advanced dalam windows seperti nak disable-kan shutdown jika komputer tak di matikan dengan sempurna.
2. hwinfo /ui - Fungsinya seakan-akan melihat fail system kat control panel. Takdeler istimewa sangat bendaalah nie.
3. sysedit - Tugasnya sama dengan msconfig. Tapi paparannya macam bentuk notepad. Aku lagi suka benda nie kalau nak di bandingkan dengan msconfig.
4. dxdiag - Ha ahhh..benda nie digunakan jika korang nak tengok system hardware korang iaitu modem,display kad dan sound card serasi dengan DirectX ker tak. Selain tu gunanya kalau korang tak tau jenis processor korang dan nak ubah ketetapan DirectX korang (sekarang versi 7.0a)
5. telnet - Hehehh kepada sesiapa yang masih gunakan telnet untuk berhubung dan buat jahat nie ler komannya.
6. winipcfg - Fungsinya nak tengok nombor IP komputer sendiri.
7. explorer - Tugasnya nak panggil windows explorer. Apa lagi...
8. scanreg - Benda nie paling penting, iaitu nak backup registry komputer. Buat ler hari-hari. Tak rugi

1.


Win98 Global Tcp/Ip Bug

Ada satu pepijat di dalam komputer anda jika anda menggunakan win98 iaitu TCP/IP Bug. Benda nie menyebabkan os win98 tidak mengenali maklumat (data) ini. Cara penyelesaiannya:

1. Pergi ke Regedit. Start> run> regedit
2. Cari HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\MSTCP\Parameters
3. Pergi ker bahagian sebelah kanan cari GlobalMaxTCPWindowSize
4. Jika ada tukarkan nama dia kepada GlobalMaxTCPWindoSize
5. Kalau tiada benda di atas nie buatkan dia dengan klik kanan New> Dword >namakan dia seperti yang ada di
langkah ke empat.
6. Masukkan data dengan klik pada registry yang baru terbentuk dengan klik dua kali. Pilih Decimal dan
masukkan 2144


melajukan Defragementation dengan file Win ME

Melajukan defrag ngan fail winME
Sebenarnya ada beberapa fail dalam winME yang boleh digunakan untuk melajukan win98. Penggunaan fail defrag dan scandisk dalam cd winME dapat membantu anda. Kepada sesiapa yang dah terbeli cd winME tetapi frust sebab tak suka kepada winME nie bolehler ikut cara berikut:

1. Masukkan cd winME
2. Hidupkan Dos ( start> program ms-dos )
3. Terus taipkan EXTRACT x:\WIN9X\WIN_16.CAB DEFRAG.EXE %windir%
4. Kemudian taipkan nie pulak EXTRACT x:\WIN9X\WIN_17.CAB SCANDSKW.EXE %windir%
5. x tu ialah nama drive cd-rom anda selalunya antara D dan E.


Dr. Watson (Windows 95/98)

Cepat! Windows anda kemungkinan mengalami masalah.Cepat cari Dr. Watson.Dr. Watson akan memberitahu apa-apa yang tak kena dengan PC anda.

Cara untuk mencari Dr. Watson:

C:\Windows\System directory. Cara untuk menggunakan Dr. Watson ialah, klik Run di Start dan taip drwatson.exe

Cipta satu shortcut untuk Dr.Watson dan simpan di Start Up folder.


rename recycle bin

korang mesti ade masalah kalau nak rename recyle bin dlm windows kan...
nie aku ade tips kat korang:
1-first pergi ke run
2-taip regedit
3-akan keluar satu window dan senarai HKEY_*
4-pilih HKEY_CLASES_ROOT
5-clik pada tanda tambah/expand tree & pilih CLSID
6-clik sekali lagi pada tanda tambah dan pilih kod
nie : 645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E
7-lihat disebelah kanan tetingkap.double klik pada
perkataan (default)
8-taip nama baru . cth:tong sampah
9-clik ok dan tutup tetingkap tersebut..
ringkasan:HKEY_CLASSES_ROOT\CLSID\{645FF040-5081- 101B-9F08-00AA002F954E}
WARNING:JIKA ANDA TERSILAP EDIT REGISTRY BOLEH
MENYEBABKAN KEROSAKAN PADA WINDOWS ANDA..
SO JIKA ADA PROBLEM BUAT SEPERTI TIPS YG
DIBERI OLEH TOKEI LINUX...



Restart komputer dengan dwiklik sahaja!

Sistem Operasi dimulakan semula, untuk membebaskan Resource Windows. Atau, selepas mengubahsuai Registry.

Untuk Restart Computer memerlukan 5 klik:

1. Start
2. Shutdown
3. Drop-down Menu (Pilihan WinMe)
4. Restart
5. OK


Untuk menyingkatkan Restart kepada dwiklik:

1. Cipta New Shortcut yg baru pd Desktop.
2. Pada ruang command line, paste arahan ini:

C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
3. Klik Next

4. Namakan shortcut sebagai Restart
5. Klik Finish

Sekarang, apabila anda dwiklik pada ikon Restart, dengan mudahnya komputer akan restart.

memori tak cukup (RAM)

kekadang...pc lama tak cukup ram kan..
jadi semua program 'run' slow sangat...
ni ada tips sket nak lajukan pc korang
1.select wallpaper none
2.jangan bukak lebih dari 1 program dalam sesuatu masa...satgi 'hang'
3.off semua program yg run kat windows..tekan ctrl+alt+del off semua program kecuali 'explorer' & 'systray'

Mengubah Registration Windows

Kalau nak ubah Registration Windows menggunakan registry file

Pergi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion

klik kanan > New > String value

Kalau Registered Owner rename file
rename kan file tadi menjadi > RegisteredOwner
pastu dwi klik dan taip le Owner name
Cth: WarCrewz

Kalau Register Organizer
rename kan file tadi menjadi > RegisteredOrganization
pastu dwi klik dan taip le Company Organizer
Cth: WarCrewz Inc.

Pastu klik kanan kat my computer > properties

Mengubah Icon Pada Start Menu

Nak Ubah Icon kat start menu

memula pegi kat regedit ( start > run > regedit )

cari ni HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\explorer\Shell Icons klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu pastu dwi klik letaklah tempat file tu cth: "C:\My Documents\Icon\Marjuana.ico"

lepas tu.. restart computer

Kalau nak ubah Documents kat startmenu pun cam tu cuma ubah no 19 ke
no 20 dan letak lah location

Contoh

No 19 - Icon Program
No 20 - Icon Documents
No 21 - Icon Settings
No 22 - Icon Find
No 23 - Icon Help
No 24 - Icon Run
No 27 - Icon ShutDown
No 43 - Icon Favorites
No 44 - Icon Log Off


Scandisk

Biasanya kalau kita nak jalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter.

Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita 'end task' program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam 'environment' windows. Caranya begini.

1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
2. Apabila keluar satu paparan window 'close program', kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut.

Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal. Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan.

MenuShowDelay

Bila kita klik pada start program, satu paparan menu akan keluar. Cepat dan lambat bukan bergantung kepada perkakasan komputer kita. Ia nya banyak bergantung kepada setting windows itu sendiri. Jadi kalau kita hendak menu tersebut keluar dengan cepat, kita mestilah menukar setting pada regedit. Cara nya :
1. Start/Run/Regedit.
2. HKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Desktop
3. Ditetingkap sebelah kanan klik mouse sebelah kanan untuk New/String Value. taipkan MenuShowDelay - enter.
4. Double click dan taipkan value "0" atau berapa saja yang kita hendak. Default Windows setting adalah 400. Dan satu lagi pada Display properties,menu Effect buangkan tick (tanda right) pada animate windows,menu & list. Kemudian restart komputer anda.
Dengan cara ini menu pada start program anda akan keluar dengan cepat tanpa menggunakan program Win Boost.


Beos 5.0 pada unsupported card

Kepada mereka yang ada graphic cards yang
tidak support dlm beos ...cuma keluar plain graphic
(black and white ajee)...ada dua cara boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

pertama
..semasa booting masuk ke dalam beos...
ada keluar logo beos then..
anda perlu tekan butang alt...(jgn lepas)
sampailah beos nie keluar menu...seperti ms-windows punye..
dan anda bolehlah memilih setting resolution yang tertentu...,ianya berdasarkan pd mode VESA 2.0 . Selepas memilih ..terus tekan continue booting,dan anda akan dapat masuk ke dlm resolution yng dikhendaki..

kedua
...cara yang lebih mudah ialah ambil software ni yng dibuat oleh David Sowsy
di dlm laman ini..,cuma install dlm beos dan configure spt biasa...,lepas tu reboot...ia lebih mudah sikit.
http://beforce256.nanorevolution.com/

Sebenarnya beos masih lagi dlm pembangunan.Tetapi ianya antara OS yang menawan sebahagian artist disebabkan kelajuan dan kestabilan OS nya...so cuba anda try...ianya memang pantas.


laman web beos petition(utk unsupport hardware):
http://personalwebs.myriad.net/ahall/be.html

Masuk beos guna loadlin...?

so camna kalau ada guna beos 5.0 ..
pastu nak masuk melalui dos...(win95,win98,some hacking dos version for win ME)
ada cara yang mudah ..antaranya gunakan loadlin..
loadlin.exe yng linuxpunye tuu..
just dlm command prompt type..
c:\> loadlin zbeos /dev/hdx

zbeos = kernel beos yang ada dlm partition beos
/dev/hdx = partition beos yang telah diinstall beos 5.0


but... kalau ada yang install melalui dlm windows..
itu pula masalah lain ..sebab partition beos dah jadi satu fail image yng besar.. so kalau camni saye pun tak tau... sorry yee...

kalau yang install kee partition BFS leh guna cara atas...
anyway ...wait for beos R6... which support ATA 100.,blah..blah..blah. etc...

Menggunakan kesemua memory dalam Linux

Khas untuk pengguna Linux, Saya selalu menerima pelbagai persoalan tentang Linux terutamanya dalam hal menggunakan memory dengan cara 'fully utilized'. Biasanya sistem operasi Linux hanya detect memory pada 32MB memory sahaja. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin menggunakan kesemua memory yang ada, kita katakan 128MB memory pada komputer anda. Cara yang terbaik ialah melalui configuration pada fail lilo.conf. Mula-mula, taipkan command seperti berikut pada emacs editor atau kde editor yang anda gunakan:

username@localhost>emacs /etc/lilo.conf

Lepas tu, satu interface akan keluar menunjukkan kandungan dalam fail lilo.conf. Pada baris atas sekali atau pada mana-mana baris yang anda suka, sila taipkan ayat seperti berikut:
append="mem=128M"

Savekan file yang telah dimodify. Kendian, taip command seperti berikut pada prompt:
username@localhost> /sbin/lilo

Lepas tu restart Linux anda daripada awal. Maka sistem operasi Linux anda telah berfungsi menggunakan 128MB memory (fully utilized). Untuk mengconfirmkan yang anda telah menggunakan kesemua memory yang ada, anda boleh semak dengan menaip:
username@localhost> cat /proc/meminfo

pada emacs editor atau kde editor yang anda gunakan. Sekiranya ia tertulis '13178....' pada total memory, bermakna anda telah berjaya dalam cabaran tersebut... selamat mencuba...

Lupa password root guna loadlin

so camna kalau ada yang tak guna lilo
pastu takleh masuk linux kalau terlupa password
jadi just ambil kernel yang sesuai
letakkan command masa run loadlin dlm dos
dengan perkataan single
serta tulis rw..

so camni leh masuk lee,,,
eg.
loadlin.exe c:\vmlinuz root=/dev/hda12 single ro vga=9


Cara terpantas ke DOS dari Windows Explorer

Salinkan program di bawah ke satu file dan namakan Doshere.inf.

Kemudian, gunakan mouse dan 'right-click' di file ini dan pilih install.

Setelah selesai melakukan di atas, anda akan dapat satu lagi pilihan, 'Command Prompt here', bila mengunakan 'right-click' di folder.

Bila di pilih pilihan itu, DOS prompt akan muncul tepat dalam directory itu.

----------------------------------------------
program bermula di bawah

;
; "Command Prompt Here" PowerToy
;
; Copyright 1996 Microsoft Corporation
;
[version]
signature="$CHICAGO$"

[DosHereInstall]
CopyFiles = DosHere.Files.Inf
AddReg = DosHere.Reg

[DefaultInstall]
CopyFiles = DosHere.Files.Inf
AddReg = DosHere.Reg

[DefaultInstall.ntx86]
CopyFiles = DosHere.Files.Inf
AddReg = DosHere.Reg.NT

[DefaultUnInstall]
DelFiles = DosHere.Files.Inf
DelReg = DosHere.Reg

[DefaultUnInstall.ntx86]
DelFiles = DosHere.Files.Inf
DelReg = DosHere.Reg.NT

[SourceDisksNames]
55="DOS Prompt Here","",1

[SourceDisksFiles]
DOSHERE.INF=55

[DestinationDirs]
DosHere.Files.Inf = 17

[DosHere.Files.Inf]
DOSHERE.INF

[DosHere.Reg]
HKLM,%UDHERE%
HKLM,%UDHERE%,DisplayName,,"%DosHereName%"
HKLM,%UDHERE%,UninstallString,,"%10%\rundll.exe setupx.dll,InstallHinfSection DefaultUninstall 132 %17%\DosHere.inf"
HKCR,Directory\Shell\DosHere,,,"%DosHereAccel%"
HKCR,Directory\Shell\DosHere\command,,,"%10%\command.com /k cd ""%1"""
HKCR,Drive\Shell\DosHere,,,"%DosHereAccel%"
HKCR,Drive\Shell\DosHere\command,,,"%10%\command.com /k cd ""%1"""

[DosHere.Reg.NT]
HKLM,%UDHERE%
HKLM,%UDHERE%,DisplayName,,"%DosHereName%"
HKLM,%UDHERE%,UninstallString,,"rundll32.exe syssetup.dll,SetupInfObjectInstallAction DefaultUninstall 132 %17%\DosHere.inf"
HKCR,Directory\Shell\DosHere,,,"%DosHereAccel%"
HKCR,Directory\Shell\DosHere\command,,,"%11%\cmd.exe /k cd ""%1"""
HKCR,Drive\Shell\DosHere,,,"%DosHereAccel%"
HKCR,Drive\Shell\DosHere\command,,,"%11%\cmd.exe /k cd ""%1"""

[Strings]
DosHereName="Command Prompt Here PowerToy"
DosHereAccel="Command &Prompt Here"
UDHERE="Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Uninstall\DosHere"


Cara terpantas ke DOS dari sebarang Folder

Dari sebarang folder Windows, anda boleh akses DOS dengan pantas.

Caranya:
1. Terus klik Start, pilih Run.
2. Taip: Command
3. Tekan Enter!

LAMAN UTAMA